Kereta Paling Mahal Di Dunia

on Sunday, 6 October 2013

Kereta paling mahal dan berharga di dunia, Lamborghini Aventador yang dibuat daripada 500 kilogram emas dan platinum, selain bertatahkan permata dipamerkan buat kali pertama di luar Eropah oleh Lamborghini Emiriah Arab Bersatu (UAE).




Dibina di Jerman oleh pengeluar yang menghasilkan model kereta mewah daripada logam padu berharga sejak 12 tahun lalu, kualiti pertukangan, ketepatan, gaya tersendiri dan nilainya menjadi identiti kenderaan itu yang kini dipamerkan di UAE. Ia mampu menjadi milik anda dengan harga serendah mulai 5.5 juta Euro (RM23.9 juta). Pameran itu adalah untuk melelong kenderaan tempahan khas itu, tetapi jika pembeli mahu memintas proses bidaan dan membelinya sekarang, pengeluar menawarkan Dh26.75 juta (RM23.8 juta) atau tawaran yang hampir.

Sebahagian daripada wang itu akan disumbang kepada kebajikan. Kenderaan itu dibina berasaskan gentian karbon yang kemudian disalut emas dan lampu besarnya bertatahkan berlian. Setiap tempat duduk mempunyai 700 batu permata berharga yang dijahit pada fabriknya. Projek itu melayakkannya meraih empat gelaran Rekod Dunia Guinness model paling mahal di dunia, kereta paling selamat yang diperbuat daripada kaca kalis peluru, logo paling berharga dan satu-satunya kereta yang dibina daripada 500 kilogram bongkah emas padu.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved