Keracunan Makanan - Keluarga Mangsa Redha, Tak Ambil Tindakan

on Friday, 4 October 2013

Keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat keracunan makanan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat sebaliknya reda dengan pemergian insan tersayang.


Ibu mangsa, Lijah Mahmud, 70, dari Tanjung Dawai berkata, anaknya, Wan Razali Wan Yaacob, 56, yang menetap di Kampung Banggol, Belau, dekat sini, disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 malam kelmarin akibat kegagalan organ dalaman.

Menurutnya, walaupun kejadian berlaku tidak disangka tetapi dia dan keluarga tetap menerima takdir ALLAH.

“Anak makcik ialah anak kedua dari tujuh beradik, anak sulung juga sudah meninggal dunia sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, semalam..

Wan Razali merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia kerana keracunan makanan selepas dikatakan menghadiri kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai.

Antara mangsa lain termasuklah Nurshazana Mohd Rashid, 24,(sepupu pengantin), Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dan Ibrahim Mohamad, 62.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved