Johan Asari Akui Suka Shila Amzah

on Tuesday 29 October 2013

Johan Asari berkias kias yang kini dia sedang menyukai seorang gadis yang juga selebriti tetapi masih enggan menyebut nama secara terang. Sudah diketahui peminat yang Johan sedang rapat dengan Shila Amzah dan kedua keluarga mereka juga kenalan rapat. Di laman twitter dan instagram pun kerap dikongsi gambar mereka berdua.Johan Akui Sukakan Shila


“Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan status sebagai pasangan kekasih”


“Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri,” jelas Johan As’ari.

Lebih menarik lagi, Johan As’ari juga merancang untuk melamar artis wanita berkenaan dengan mengikat tali pertunangan pada tahun ini, namun ianya masih satu rancangan.

“Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu,”


Sumber : Mstar online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved