Hasrat murni seorang isteri menegur perbuatan panas baran suaminya yang memukul dan memarahi anak perempuan mereka, bertukar episod ngeri apabila dia ditampar dan ditumbuk, dalam satu kejadian di Kampung Surau Panjang, di sini.
Bukan itu sahaja, mangsa, 26, yang cuba melindungi anak yang baru berusia empat tahun itu turut cedera di tangan dan paha dalam usaha menyelamatkan dirinya daripada cuba ditikam dengan pisau oleh suspek, 27 tahun.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika pasangan suami isteri itu sedang tidur, sebelum dikejutkan dengan tangisan anak mereka.“Tangisan kanak-kanak itu berlarutan walaupun puas dipujuk oleh mangsa sehingga menyebabkan suspek yang tidak selesa dengan gangguan bunyi bising itu naik angin.
“Suspek kemudian mula memarahi anaknya, namun mula bertindak kasar dengan memukul anak yang tidak tahu apa-apa itu sebelum mangsa cuba masuk campur dengan menegur perbuatan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.Zamri berkata, namun, suspek yang seperti dirasuk itu semakin bengang dengan teguran mangsa sebelum bertindak memukul dan menumbuk mangsa.“Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil sebilah pisau di dapur dan cuba menikam mangsa, namun berjaya dielak dan hanya terkena pada tangan dan paha mangsa.“Selepas melihat kecederaan dialami mangsa, suspek mula takut sebelum melarikan diri meninggalkan kedua beranak itu,” katanya.
Susulan kejadian, mangsa menerima beberapa jahitan di tangan.Jelasnya, mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sebegitu rupa serta bimbang keselamatan diri dan anaknya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Chendering, sebelum suspek ditahan beberapa jam kemudian.Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment