Gambar Yuna peluk lelaki Eropah dikritik teruk peminat

on Saturday 5 October 2013


Umum mengetahui, Yuna merupakan artis pertama Malaysia yang berjaya memikat pihak pengurusan Barat untuk mengambilnya sebagai artis ekslusif.

Sehingga kini, populariti Yuna di sana semakin meningkat dengan beberapa lagu terbarunya mendapat perhatian media dan kalangan artis lain. Paling hebat, salah satu lagunya berjudul Live Your Life telah dijadikan soundtrack bagi game Grand theft Auto 5 atau lebih sinonim dengan nama GTA V.


Terbaru, penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu mengejutkan peminat tanahair apabila sekeping gambarnya memeluk seorag lelaki Eropah yang juga artis ternama telah tersebar di laman maya. Ekoran itu, Yuna dikritik dan dihentam peminat.



Apapun, Yuna bukanlah artis pertama yang pernah berhadapan dengan situasi itu. Sebelum ini Shila Amzah dan Neelofa turut menjadi mangsa kutukan dan kritikan masyarakat kerana tersebarnya gambar berpeluk dengan lelaki.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved