Pelakon Elfira Loy bukan lagi artis eksklusif stesen televisyen Astro selepas kontraknya tamat pada Disember tahun lalu.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 19, berkata, dia telah bernaung di bawah stesen itu sejak dua tahun lalu dan merasakan sudah tiba masanya untuk berdikari dengan menguruskan kerjaya sendiri.
“Saya dah nak masuk umur 20 tahun dan sudah tiba masanya saya menguruskan kerjaya sendiri.
“Lagipun kontrak saya sudah tamat pada hujung tahun lalu di mana pihak Astro memberikan saya buat pilihan sama ada mahu sambung atau tidak,” katanya.
Elfira ditemui pada majlis pelancaran produk syampu anti kelemumur terbaharu jenama Sunsilk Hair Fall Solution di Sunway Piramid di sini pada Khamis.
Tambah Elfira, dia juga bersyukur, walaupun tidak menyambung kontrak dengan Astro, dia masih lagi menerima pelbagai tawaran drama daripada stesen berkenaan.
Sementara itu, Elfira menghadiri majlis pelancaran Sunsilk itu sebagai tanda sokongan terhadap produk terbabit.
Lebih-lebih lagi kata Elfira, dia seorang penggemar produk berkenaan sejak dulu kerana ia dapat mengatasi masalah keguguran rambut.
“Saya seorang yang sangat peka berkaitan kecantikan diri terutamanya rambut. Sebelum ini saya sering mengamalkan penjagaan rambut cara tradisional dengan menggunakan santan dan bunga raya.
“Bagaimanapun, apabila dah dewasa dan sibuk dengan kerja-kerja lakonan, saya akan ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut sekurang-kurangnya sekali salam tiga hari dan selebihnya saya menggunakan syampu Sunsilk di rumah,” tuturnya.
Sumber – mstar
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment