David Teo nafi dalang utama jatuhkan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel

on Wednesday 9 October 2013


David Teo nafi dalang utama jatuhkan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel - Ekoran kenyataan Wawa Zainal mendakwa mengenali dalang yang menyebarkan berita perkahwinan dan kelahiran bayi lelaki didakwa miliknya, pelbagai spekulasi mula timbul berkenaan identiti dalang tersebut.

Antara individu yang tidak terkecuali dituduh ialah Pengarah Urusan MIG Pictures Sdn Bhd, David Teo, yang sebelum ini telah bersusah payah menaikkan populariti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Menerusi kenyataan ringkas dalam Berita Harian semalam, David Teo menafikan spekulasi tersebut dan berasa hairan bagaimana dirinya boleh dikaitkan sebagai antara dalang utama penyebaran berita terbabit.

“Kenapa pula mengaitkan saya mempunyai niat untuk menjatuhkan mereka, sedangkan selama ini saya bersusah payah menaikkan mereka, mahu bagi mereka popular.”

“Saya ibarat bapa kepada semua artis di bawah naungan MIG, takkan saya mahu lihat anak sata gagal dalam kehidupannya.”


Sementara itu, David Teo meminta Wawa Zainal segera menghubungi MIG Pictures bagi membincangkan keterusan kerjayanya selepas lama menyepi dari dunia hiburan. Memang penyabar orangnya David Teo ini, tak gitu?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved