Aeril Zafril Jawab Mengenai Berita Nikah Dengan Wawa Zainal

on Sunday 6 October 2013

Selepas artikel Aeril Zafrel dan Wawa didakwa sah bernikah di BIPop Ahad, ramai peminat terkejut dan ada yang masih bingung dan ada yang mengucapkan tanhiah buat Aeril dan Wawa . Masih juga ada persoalan sejauh mana kebenaran data dan info yang ditulis oleh wartawan BiPop, Raja Mawar mengenai perkahwinan Aeril dan Wawa Zainal secara sorok.


Aeril Zafrel telah menjawab di laman twitternya beberapa jam lalu, dari gaya jawapannya Aeril seperti ada pihak mahu menjatuhkan dia. Aeril mahu peminat bertanyakan sendiri kepada wartawan yang mendedahkan kisah perkahwinannya. Aeril juga menyatakan sampai masa yang sesuai dia akan dedahkan siapa dan apa tujuan orang yang membongkar kisah ‘pernikahannya’ itu.
Aeril menyifatkan berita mengejut itu ialah senjata terakhir yang dia telah pun dia jangkakan. Siapa kah yang menjadi senjata yang dimaksudkan Aeril? Adakah pihak atau musuh yang mahu menjatuhkan nama baik Aeril dan Wawa di dalam bidang seni ini??
Petikan dari MIG Online pula menasihatkan Aeril supaya tidak lagi berselindung mengenai kisah itu dengan mengaitkan atau menyalahkan pihak lain. Emm MIG pula terasa ke?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved