Ada sebab ceraikan isteri selepas 3 jam nikah ?

on Thursday 31 October 2013


"Saya ceraikan isteri dalam keadaan waras." - kata Azhar bekas suami Sasha.

Demikian pengakuan bekas suami wanita yang dijatuhkan talak tiga hanya selepas tiga jam mereka melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini pada Ahad lalu.

Pemuda yang mahu dikenali sebagai Azhar, 19, memberitahu, dia tidak melafazkan cerai ke atas isterinya itu atas faktor emosi sebaliknya berbuat demikian dalam keadaan sedar.

Azhar mendakwa, dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang enggan dikongsi dengan pihak luar kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Sehubungan itu azhar menohom semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menenangkan fikiran sebelum meyelesaikan kes penceraian di Mahkamah terlebih dahulu .

Katanya lagi " Biar lah mereka nak kata apa yang pasti saya hormat ibu bapa , segala keputusan di buat oleh ibu dan bapa , saya tidak mahu memeberi penjelasan di khuatiri memanjangkan permasalahan tersebut .

Dia kini berada di dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi kisah pernikahan dan penceraian menarik perhatian masyarakat - katanya .

Wanita yang malang itu mendakwa dia turut di tendang dua kali di bahagian belakang badan oleh bekas suami nya selepas meminta penjelasan mengapa dia di perlakukan sebgitu . 

Kita mengharapkan kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin supaya tidak mengaibkan kedua-dua belah pihak , mungkin sudah tiada jodoh antara mereka berdua .

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved