Jika kita masuk ke sebuah bilik kosong dan duduk di dalamnya selama beberapa minit dalam keadaan senyap tanpa bunyi, kita akan merasakan yang telinga kita berdesing.
Konsep ini sebenarnya telah diaplikasikan untuk membina sebuah bilik di Amerika Syarikat yang dipanggilAnechoic Chamber. Bilik ini milik Orfield Laboratories' NIST dan telah diiktraf oleh Guinness World Recordssebagai tempat paling sunyi di dunia pada tahun 2005.
Bilik ini direkabentuk untuk menyerap 99.99% bunyi yang masuk. Kekuatan bunyi yang diukur di dalamnya adalah di bawah tahap pendengaran kita iaitu -9.4 dBA. Telinga kita hanya mampu menangkap bunyi yang berada pada tahap 0 dBA dan ke atas.
Rekod paling lama manusia boleh berada di dalam bilik ini ialah 45 minit sahaja. Hanya bunyi seperti denyuatan nadi, jantung, perut sahaja yang kita akan dengar.
Bilik ini selalu digunakan oleh pihak NASA untuk menguji tahap mental angkasawan mereka. Menurut kajian, purata 10 minit berada dalam bilik tersebut akan menjadikan seseorang akan mula berhalunisasi.
Sumber : beritamy.blogspot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment