Tahniah, Dazrin Kamarudin Selamat Bertunang Ogos Lalu

on Thursday 19 September 2013

Pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia, Dazrin Kamaruddin, 25, dalam diam rupanya telah pun melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya pada bulan Ogos yang lalu. 



Menurut Dazrin ketika ditemui rakan media, “Ya, saya sudah mengikat tali pertunangan bersama Amyra Rosli. Saya bertunang dengan dia pada 25 Ogos lalu. Saya dan dia sudah tiga tahun berkawan. Saya rasakan pertunangan saya dengan dia merupakan langkah seterusnya yang saya ambil setelah bersahabat dengannya dan juga sebelum kami melangsungkan perkahwinan,” jelas Dazrin memulakan perbualan.



Dalam pada itu, tunang Dazrin, Amyra Rosli, 22 merupakan salah seorang aktres yang sedang mencipta nama dalam industri hiburan. Gadis lulusan diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini pernah membintangi drama seperti ‘Cinta dan Wahyu di TV Al-Hijrah’ dan ‘Amyra’ juga pernah berlakon bersama Dazrin dalam drama bersiri ‘Jodoh’ yang ditayangkan di Astro Ria.



Ketika ditanya mengapakah Dazrin tidak menghebahkan cerita pertunangannya, pelakon drama bersiri ‘Adam dan Hawa’ ini punya penjelasannya yang tersendiri.



“Saya merasakan pertunangan ini sebagai salah satu ikatan antara keluarga saya dan keluarga dia. Saya mengikut adat, jadi kalau boleh saya tidak mahu gembar-gemburkan mengenai berita ini. Mengenai berapa lama ikatan pertunangan kami pun saya belum boleh hebahkan kerana semua masih lagi rahsia. Apabila kami berdua sudah bersedia untuk berkahwin, saya akan beritahu kepada semua,” tutur Dazrin lagi.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved