SMS KHAS ZAHID HAMIDI BERIKUTAN KEMATIAN CHIN PENG

on Monday, 16 September 2013


Sejak berita kematian Ketua Komunis Malaya (PKM) pagi tadi, Chin Peng, terdapat desakan-desakan supaya mayat atau abu mendiang disemadikan di Malaysia. Beberapa orang "tali barut" dan "pemuja" komunis membuat desakan terbuka di media sosial masing-masing.

Mereka ini tanpa segan silu dan rasa malu menyokong secara terbuka perjuangan komunis. Mungkin mereka ini tidak pernah merasai kekejaman komunis. Mungkin mereka tiada sanak saudara mereka terlibat. "FINE", tetapi hormatilah mangsa, balu-balu dan sanak saudara yang merasai kekejaman komunis tersebut.

Adakah tiada peruntukan undang-undang yang boleh diambil kepada mereka ini yang secara terbuka menyokong komunis?

 
Berikut adalah SMS Khas Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri terhadap desakan tersebut.


SMS KHAS DS ZAHID HAMIDI::


Kenyataan saya mengenai kematian Chin Peng: Kematian Chin tidak dapat memadamkan rasa kebencian kepada mendiang terutama di kalangan balu2 polis dan tentera kpd ketua pengganas komunis yg telah mengorbankan ramai pejuang2 negara yg terdiri dari polis dan tentera semasa darurat.. Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun utk dikebumikan di Malaysia. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan beberapa pihak termasuk parti politik, NGO atau individu tertentu. Beliau tetap ketua pengganas komunis yg tidak boleh diterima di bumi ini.

Sumber  : Warta Rakyat
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved