Shila Amzah nafi bercinta dengan Johan As'ari

on Tuesday, 3 September 2013

Penyanyi popular, Shila Amzah menafikan gosip yang mendakwa dia kini bercinta dengan pelakon filem "Juvana", Johan As'ari selepas berpisah dengan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad. Berita itu mula timbul selepas pelantun "Patah Seribu" itu memuat naik gambarnya bersama Johan di Instagram-nya.


Shila Amzah

"Saya saja main-main, ingatkan tiada apa-apa sebab masing-masing tengah kosong. Kemudian, peminat mula mempersoalkannya sedangkan kami memang tiada hubungan istimewa.

"Ibu kami memang berkawan baik dan sudah lama mengenali. Mereka selalu berjumpa sebelum ini, walaupun tanpa kami. Kebetulan pula, akhir-akhir ini kami menemani mereka apabila bertemu. Bagaimanapun, memang saya dan Johan kawan biasa, bukannya bercinta seperti digembar-gemburkan," katanya Shila kepada Hip.

Kata Shila, 23, hatinya belum terbuka untuk mempunyai kekasih lain, malah dia juga enggan membuang masa dengan bercinta lagi. Sebaliknya jika jodoh sudah sampai nanti, dia akan terus berkahwin.
"Saya serahkan jodoh kepada Allah dan siapa pun jodoh saya, bila tiba masa, saya akan tetap berkahwin. Ketika ini, saya memang tidak berminat mempunyai teman lelaki.

"Jika jodoh saya sudah sampai dan orang itu pula masuk meminang, saya terima. Bagaimanapun, biarlah kita kenal siapa diri dan keluarganya. Ia sudah memadai."

Sementara itu, Shila bakal muncul dengan album Melayu barunya yang dijangka akan diriliskan pada hujung bulan ini.

"Kami belum mempunyai tarikh untuk pelancaran album Melayu saya di sini. Mungkin pada hujung September nanti. Semua lagu sudah ada, tunggu dilancarkan saja."


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved