Saman AES, Bayar Segera Atau Bayar Lebih
Setelah kerajaan mengesahkan bahawa AES kini secara rasminya diambil alih oleh pihak polis, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengumumkan bahawa kompaun saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan bermula dari RM150 berkuatkuasa serta merta.
Beliau berkata kadar itu akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga maksimum RM300. Ia sama dengan kaedah yang digunakan oleh polis. Semakin lama pembayaran kompaun ditangguhkan, semakin banyak bayaran yang perlu dibayar.
Manakala bagi saman yang telah dikeluarkan, beliau memberitahu bahawa lebih banyak perbincangan mengenai perkara itu perlu dilakukan. Dan sehingga kini, tindakan undang-undang ke atas pesalah masih ditangguhkan.
Sumber : http://myblogsantai.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment