Saksi Dakwa Lihat Kejadian Gaduh Isteri Mat Yo

on Tuesday 24 September 2013

Masih lagi dengan kisah isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan. Menurut seorang saksi, kejadian ini sebenarnya telah berlaku sebulan yang lalu.


Mengulas kepada kejadian yang dipercayai berlaku sebulan lalu dan diceritakan oleh suaminya, wanita ini menyatakan punca insiden adalah isteri Mat Yo meletakkan kereta di tempat yang salah di Lapangan Terbang Skypark, Subang.

Menurutnya pengawal keselamatan terbabit telah memberi peluang untuk mereka parking disitu selama 10 minit tetapi selepas 15 minit berlalu, isteri Mat Yo masih tidak berganjak.



Ini membuatkan pertengkaran tercetus antara mereka dan berakhir dengan bahasa kasar malah isteri Mat Yo didakwa telah menendang pengawal keselamatan tersebut kerana tidak dapat menahan geram.

Dikhabarkan, isteri Mat Yo telah mengeluarkan telefon bimbit dan dia mula merakam untuk menyaman pengawal keselamatan tersebut namun kejadian itu sebenarnya dikatakan turut dirakam oleh CCTV di tempat kejadian.

Apa pun, semoga segalanya berakhir secara baik dan jernih. Biasalah apabila tengah marah kadangkala kita kehilangan sabar dan tidak maksudkan apa yang dicakap atau dilakukan.

Apatah lagi, punca kejadian terlalu remeh dan boleh dibawa berbincang.

Sumber : mynewshub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved