PENJELASAN FARID KAMIL – KENAPA IDENTITI ANAK DIRAHSIAKAN ?

on Saturday 7 September 2013


Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari,akhirnya tampil memberi penjelasan,dimana beliau terpaksa merahsiakan nama serta identiti lain anaknya disebabkan terikat kontrak untuk sebuah rancangan terbitan stesen televisyen Astro.

Tambah Farid , dia diarahkan oleh stesen televisyen itu agar berbuat demikian kerana pihak berkenaan mempunyai perancangan khas untuk memperkenalkan bayinya kepada umum.

Penjelasan Farid Kamil : Sebenarnya bukan saya tidak mahu memperkenalkan anak saya kepada umum tetapi terikat dengan kontrak untuk sebuah program eksklusif di Astro yang berhasrat memperkenalkan anak saya dalam sebuah rancangan khas.Bagaimanapun saya belum pasti bila program itu bakal diadakan kerana ia masih dalam perbincangan di antara pihak pengurusan saya dengan stesen TV berkenaan.

Anak sulung hasil perkongsian hidupnya dengan aktres Diana Danielle itu dilahirkan pada 2 Julai lalu di sebuah hospital di Sydney, Australia.Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 3 November tahun lalu dalam sebuah upacara ringkas di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.

Diharap dengan penjelasan ini, dapat menguraikan persoalan yang timbul ,kenapa Farid Kamil dan Diana Danielle merahsiakan Identiti Anaknya.

Peminat hiburan,jom kita layan gambar anak Farid Kamil bersama isterinya Diana Danielle..Enjoy!!!





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved