Mekanik kena simbah asid sampai buta

on Monday, 23 September 2013

 
Mangsa diletakkan di bawah pengawasan rapi berikutan tahap melecur yang teruk di Hospital Miri. - Foto Abdul Rahman Adam 

Miri: Seorang mekanik buta kedua-dua mata serta parah di muka, badan, kaki dan tangan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah bengkel membaiki mesin rumput di Jalan Cina, dekat sini, kelmarin. 

Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, beliau dilaporkan diserang ketika sedang membaiki mesin rumput di kaki lima premis itu, Wong Sin Yew, 57, didatangi seorang lelaki bertopi keledar yang bertindak menyimbah cecair itu ke arahnya. 

Menjerit minta tolong 


Majikan dan pekerja lain berada dalam pejabat bergegas keluar apabila terdengar jeritan mangsa yang kesakitan serta meminta pertolongan. 

Anak perempuan mangsa berusia 30-an yang enggan namanya disiarkan, berkata mereka sekeluarga mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan pemilik bengkel berkenaan sebelum bergegas ke Hospital Miri. 

“Sedih melihat keadaan bapa, malah kami tidak cam rupanya ketika mula-mula sampai ke hospital. Kecederaannya sangat teruk, malah kedua-dua matanya juga buta. 

“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan pemeriksaan doktor,” katanya ketika ditemui BH di sini, semalam. 
Wanita berkenaan berkata, peluang bapanya untuk melihat kembali amat tipis, selepas pemeriksaan doktor mendapati sebahagian besar saraf pada bahagian mata rosak. 

“Dalam perbualan dengan bapa pagi tadi (semalam), dia memberitahu kemungkinan suspek tersilap sasaran kerana lelaki itu seperti teragak-agak mahu menyimbah cecair ke arahnya. 

“Kami sekeluarga tidak tahu motif serangan, namun saya yakin bapa tidak mempunyai masalah dengan orang lain atau berhutang dengan mana-mana ceti haram. Perbuatan itu amat kejam dan saya minta polis mengesan suspek untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Tahap melecur teruk 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathon Ringgit, berkata mangsa diletakkan di bawah pengawasan rapi untuk rawatan susulan berikutan tahap melecur yang teruk. 

“Gerakan mengesan suspek sudah dilancarkan... suspek yang dipercayai berusia 30-an melarikan diri dengan menunggang motosikal. Motif serangan juga sedang disiasat,” katanya.

Sumber : Berita Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved