Pelakon cantik Kuza kelihatan semakin berseri dengan imej bertudung yang baru digayakannya. Kuza yang ditemui wartawan dalam satu majlis rumah terbuka ini juga mengakui, dia kini semakin selesa malah berbangga dengan imej terbarunya itu.
"Alhamdulillah, saya mula bertudung pada hari pertama umat Islam berpuasa. Saya mengambil keputusan untuk bertudung selepas terbuka hati dan sudah bersedia sepenuhnya untuk berhijab.
"Terima kasih kepada semua kerana tidak pernah jemu mendoakan kebaikan untuk saya. InsyaAllah, saya akan teruskan imej sebegini dan ia tidak pernah menghalang saya untuk terus aktif dalam kerjaya," ujar Kuza yang kelihatan semakin ayu dan cantik selepas berhijab.
“Antara pendekatan yang saya lakukan sebelum berhijab sebagai usaha memperkukuhkan Iman, saya belajar melengkapkan solat lima waktu sehari semalam.
Menurut Kuza lagi, sebelum berhijab dan setiap kali melihat wanita berambut cantik, hatinya terdorong untuk ke salun sama ada mendapatkan rawatan atau hanya untuk melaram semata-mata.
“Syukur sekarang saya langsung tiada rasa apa-apa. Saya sifatkan perasan itu sebagai nikmat dan kelebihan yang Allah SWT beri kepada saya,” kata ibu beranak tiga itu.
Sumber : kezoom.blogspot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment