BEBERAPA keping gambar telah dikongsi di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter berkenaan situasi semasa yang berlaku sebelum jam 12:01 malam di stesen-stesen minyak di seluruh negara.
Kejadian ini dikatakan berlaku di Melaka.
Bermula dengan keadaan sesak kenderaan yang merebut harga akhir minyak RM1.90 bagi RON95 hinggalah gambar suasana berselerak sebuah stesen minyak.
Keadaan berselerak tersebut dipercayai akibat daripada perbuatan pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengusaha stesen minyak. Pengusaha stesen minyak itu memaklumkan bahawa minyak di stesennya telah pun habis.
Akibat bengang dengan dakwaan tersebut, pengguna tersebut dikatakan bertindak liar dengan merosakkan beberapa pam.
Beliau bertindak demikian kerana beranggapan pengusaha stesen minyak tersebut cuba mengambil kesempatan dengan menyimpan minyak.
Apa yang pentingnya, kita perlu sedar dan faham bahawa Kerajaan telah mengambil keputusan untuk merasionalisasikan subsidi agar jumlah hutang negara tidak semakin membukit. Maka, ini serpihan kesan yang perlu diterima secara suka atau tidak demi memastikan di masa hadapan generasi anak cucu kita tak lebih menderita..
Sumber: http://www.apeceritadot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment