ISTERI KURANG AJAR! Masuk Perangkap Sendiri
Tokyo: Seorang isteri cuba membuat suaminya marah dengan membakar kediaman mereka tetapi dia akhirnya terperangkap dalam kebakaran hingga suaminya terpaksa menyelamatkannya.
Masumi Nishino dari Osaka, barat Jepun berang kerana suaminya mahu tidur di ruangan pejabat dalam rumah mereka. Masumi, 48, ingin menghukum suaminya dengan membakar kertas dalam ruang di dinding yang memisahkan ruangan pejabat dengan kediaman mereka.
Dia kemudian masuk tidur membiarkan kertas yang terbakar itu begitu saja hingga api merebak membakar kediaman mereka, lapor Japan Daily Press. Suaminya yang terjaga akibat bau asap menyedari isterinya terperangkap dalam bilik tidur lalu segera menyelamatkan wanita itu. - Agensi
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment