Rihanna memang sinonim dengan punca masalah kepada orang lain dan terbaru, beliau membawa masalah yang besar kepada 2 warganegara Thailand apabila ditangkap gara-gara gambar Rihanna yang dimuatnaik di negara tersebut. Menurut laporan portal DigitalSpy, ketika berada di Phuket, Rihanna sempat bergambar dengan sejenis tupai bernama Slow Loris dan kemudian memuat naik ke laman sosial tersebut.
Kemudian Rihanna meletakkan kapsyen di bawah foto berkenaan iaitu “Lihat, siapa yang berbisik kata-kata kotor di telingaku.”
“Siapa sangka, dengan kapsyen sebegitu dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun ditahan kerana memberikan haiwan tersebut kepada Rihanna,” kata sumber.
Foto Rihanna dengan Tupai yang dimuat naik di Instagramnya.
Wakil daripada pihak polis negara itu, Weera Kerdsirimongkon berkata, kata-kata Rihanna boleh disifatkan mengancam haiwan berkenaan dimana ia boleh dijatuhkan hukuman empat tahun penjara.
Bagaimanapun Rihanna tidak sempat membuat keterangan memandangkan dia telah meninggalkan Thailand sebelum dua lelaki tersebut ditahan.
Sumber : http://skynightz.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment