Sekarang ini pasti ramai antara anda yang tertanya tanya sama ada benar atau tidak Adi Putra terlibat dengan kisah skandal bersama isteri orang sehingga taraf kerakyatan Adi Putra sendiri turut di persoal laporan polis yang di lampirkan dibawah.
Difahamkan, Adi Putra sudah lebih 7 tahun memohon status penduduk tetap, namun masih belum diluluskan.
Dan pastinya ramai juga ingin mengetahui identiti isteri orang yang terlibat dalam kontroversi ini dan terima kasih kepada laporan polis yang kini bertebaran dan usaha mereka di forum Cari, ada spekulasi timbul berkaitan identiti sebenar wanita ini.
Menurut maklumat yang diterima, nama isteri ahli perniagaan tersebut ialah Nooraida Binti Abdul Talib dan berusia 30 tahun.
Sebuah akaun Twitter dengan nama Aida Anne Fasha (@aidafasha) juga didakwa sebagai akaun milik wanita tersebut dan beberapa status yang ditulis melalui akaun itu seakan menggambarkan situasi ketika ini.
Kedua dua status bertarikh 1 September 2013 dikirimkan ketika ramai wartawan hiburan dan isu semasa mula menghidu perkara ini.
Laporan Berita Harian menyebut yang suami wanita ini merampas telefon bimbit miliknya pada 7 Ogos 2013 (10 hari selepas Adi Putra dan wanita ini mula bermesej) dan beliau telah menyerahkan kepada pihak polis dan makmal forensik untuk dianalisa.
Sumber : kezoom.blogspot.com dan Rotikaya
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment