Chin Peng tidak layak dikebumikan di Malaysia - Ibrahim Ali

on Monday, 16 September 2013

 

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata mayat Chin Peng tidak harus dibawa pulang ke negara ini dan sejarah mengenai bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu juga perlu dipadam.

Ibrahim berkata rakyat Malaysia wajar melupakan terus Chin Peng, yang dilaporkan meninggal dunia di Bangkok akibat sakit tua hari ini, kerana bekas setiausaha agung PKM itu merupakan seorang “penjenayah”.

"Sama ada mayatnya patut dibenar untuk dibawa pulang, pada hemat saya, tidak perlu.

"Kalau masa hidup pun kita tidak setuju Chin Peng dibenar pulang ke Malaysia, maka selepas mati pun, mayatnya tidak patut diizin untuk di kebumikan di Malaysia," katanya.

Ibrahim berkata, generasi muda sepatutnya memperingati tokoh lain seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin berbanding Chin Peng.

"Sejarah manusia seperti Chin Peng mesti dipadamkan daripada sejarah daripada diketahui oleh rakyat terutama generasi muda.

"Ada juga sejarah peristiwa hitam yg patut diketahui oleh masyarakat untuk pengajaran, tetapi tidak sejarah penganas dan penjenayah yang merosakkan negara.

"Elok lupa sajalah Chin Peng ini," katanya dalam satu kiriman SMS kepada media.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved