Bunuh Anak Kerana Masalah Kewangan

on Thursday 19 September 2013

Pasangan Suami Isteri Yang Di Dakwa Membunuh

Bunuh Anak Dalam Tiga Cubaan Bunuh Diri

Kerana masalah kewangan, sepasang suami isteri bertekad untuk membunuh diri dan kedua anak mereka. Dalam tiga percubaan membunuh diri, mereka telah berjaya membunuh anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun. 

Cubaan bunuh diri yang pertama dilakukan pada 12 September, di rumah mereka di Sri Manja Square, off Jalan Klang Lama dengan membakar arang dalam bilik tidur utama mereka sebelum mereka sekeluarga memasuki bilik tersebut. Walaubagaimanapun cubaan pertama mereka gagal. Keesokan harinya, 13 September, mereka membuat percubaan kedua dan berjaya membunuh anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun. Kedua sepasang suami isteri itu bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia 7 tahun selamat dalam cubaan tersebut. 

Pada 13 September, pasangan itu bertindak mencari tempat membunuh diri bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia tujuh tahun di sekitar Klang. Mereka turut membawa mayat gadis kecil itu untuk dilupuskan. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membatalkan hasrat tersebut dan membawa balik mayat tersebut ke rumah kerana tidak menjumpai tempat yang sesuai. Pada pagi Rabu, mayat kanak-kanak itu yang hampir reput ditemui didalam bilik utama rumah mereka apabila rakan sekelas beserta Ibubapa mereka datang mencari kanak-kanak tersebut setelah beliau tidak hadir ke sekolah selama lima hari.


Masalah Kewangan Punca Bunuh Diri

Siasatan awal menunjukkan bahawa keluarga itu menghadapi masalah kewangan. Lelaki tersebut merupakan seorang kontraktor yang tidak mempunyai pekerjaan hampir sebulan. Polis juga tidak menolak kemungkinan pasangan ini merancang untuk menggantung diri setelah menemui beberapa wayar kabel di rumah mereka. Pasangan suami isteri ini kini itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Harian Metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved