Bapa Tetap Enggan Kebumi Anak !

on Wednesday, 4 September 2013

MOHD. DAMANHURI bersama isterinya, Zaiton Hassan semasa hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak semalam.

IPOH, 4 September – Mayat pemuda yang mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur sebuah rumah di Taman Saz di sini 20 Julai lalu tidak akan dikebumikan dan dijangka terus berada di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Semalam, bapa kepada Allahyarham Sherul Aizam (gambar kecil), Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, kekal dengan pendiriannya untuk tidak mengebumikan jenazah anaknya selagi bedah siasat kedua tidak dilakukan.

Katanya, dia sedar tindakannya itu kurang disenangi banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan masyarakat yang mahu jenazah Sherul Aizam segera dikebumikan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved