Ashraf Muslim, mengakui kepada media yang beliau kini teruja untuk bergelar bapa setelah isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, disahkan hamil enam minggu.
“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” katanya sebelum meletakkan telefon kerana dikatakan perlu menghadiri mesyuarat.
Sebelum ini, lebihkurang dua minggu yang lalu, Ashraf Muslim pernah menafikan Sakinah hamil dan mengatakan masih belum mendapat rezeki.
Bagaimanapun tindakan Sakinah memuat naik gambar beberapa ubat kembali menimbulkan spekulasi bahawa dia kini sudah hamil.
Setelah berdolak dalih, akhirnya sumber terdekat Sakinah memberi khabar bahawa wanita itu sebenarnya sudah hamil.
Pasangan yang berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu telah menarik perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama, Noor Dayana Lokman.
Apa pun tahniah buat Ashraf Muslim & Wan Sakinah sekelurga atas berita kehamilan ini, pastinya kalian berdua tidak sabar untuk menimang cahayamata pertama ini ‘kan?
Sumber : kezoom.blogspot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment