Amy Search Sangkal Dakwaan Muflis

on Tuesday 24 September 2013

Penyanyi lagenda rock, Amy Search menyangkal dakwaan kononnya dia kini sudah pun disahkan jatuh muflis oleh sebuah blog yang mendedahkan salinan surat pengisytiharan muflis penyanyi berusia 55 tahun itu.


Amy Search menafikan dakwaan tersebut kepada portal Sinar Harian yang telah menghubunginya melalui telefon meskipun salin surat pengisytiharaan muflis itu turut dilengkapi nama penuh Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.

Namun, Sinar Harian tidak berjaya untuk mendapat penjelasan lanjut daripada penyanyi era 80-an itu kerana beliau segera meletakan telefonnya sebaik menafikannya.

Menurut gosip terdahulu, vokalis kumpulan Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.

Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis.

Sumber : Sinar Online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved