Adam AF Dan Fiza Elite Bakal Nikah Khamis Ini

on Tuesday, 24 September 2013

Pasangan selebriti, Adam AF dan Fiza Elite, dilaporkan telah memilih tarikh 26 September ini untuk menamatkan zaman bujang mereka di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, pada jam 10 pagi.


Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit.

Fiza Elite atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.

Kedua-dua mereka ketika dihubungi memberitahu, jodoh antara mereka ialah ketentuan tuhan. Menurut Adam:-

"Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah."

Artis wanita itu baru-baru ini mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga semula pada Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian.


Doakan semuanya berjalan lancar untuk pasangan ini dan semoga kekal ke akhir hayat.

Sumber : Berita Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved