Wanita Hilang Ditemui Mati Dekat Kulaijaya

on Wednesday, 3 July 2013


JOHOR BAHRU – Mayat Kareen Kaur yang hilang sejak Jumaat lepas ditemui diLebuhraya Utara-Selatan dekat Kulaijaya.

Kareen dipercayai mangsa kemalangan langgar lari yang melibatkan sebuah lori.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata dua laporan polis dibuat yang dipercayai boleh menjelaskan bagaimana Kareen, 35, berada di tempat Kulaijaya selepas dia memberitahu keluarganya bahawa dia dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kluang.
“Dia menaiki sebuah teksi dari Larkin Sentral pada Jumaat untuk ke Kluang. Sebaik saja teksi itu sampai di Kulaijaya, dia kelihatan marah sehingga memaksa pemandu teksi memberhentikan teksi di tepi lebuhraya tersebut.
“Dia (pemandu teksi) memberitahu polis bahawa Kareen keluar dari kereta dan menghilang diri dengan masuk ke dalam semak,” katanya di sini, Selasa.
Pemandu teksi tersebut kemudiannya membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis berdekatan, tambahnya.
Terdahulu, bapa Kareen, Gurmukh Singh Auter Singh dilaporkan sebagai berkata, dia percaya anak bongsunya itu yang ada kalanya mengalami halusinasi, tidak mengambil ubat pada hari dia dilaporkan hilang kerana dia kelihatan tidak tentu arah ketika bercakap di telefon.
Kareen memiliki Ijazah Sarjana Sains Komputer dan bekerja sebagai pengaturcara di Singapura.
Zulkefly berkata polis menerima satu lagi laporan polis daripada seorang pemandu lori yang mempercayai dia melanggar seorang wanita di KM23, Lebuhraya Utara-Selatan di sini kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu.
Pemandu lori tersebut dalam perjalanan dari Johor Baru menghala ke Muar apabila seorang wanita tiba-tiba melintas jalan.
“Pemandu itu panik dan menjangkakan kelibat wanita itu adalah hantu. Namun dia berhenti dekat hentian Rawat dan Rehat (RNR) Kulaijaya. Dia menyedari ada kesan darah di lori tersebut dan bergegas membuat laporan polis.
“Beberapa anggota kami dikerahkan ke tempat kejadian dan menemui satu mayat di sana. Namun kami tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri dan barang milik mangsa,” katanya.
Sementara itu, abang Kareen, Dr Malvinder Singh mengesahkan mayat itu adalah kakaknya.
Dr Malvinder berkata keluarganya masih tidak pasti bagaimana dia boleh berada di Kulaijaya.
“Kami masih terkejut mengenai apa yang berlaku,

sumber : http://www.thecutestblogontheblock.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved