Tindakan Mat Yo Buang Pingat Piala FA Dikritik Ramai

on Wednesday, 3 July 2013

buang pingat piala FA Tindakan Mat Yo Buang Pingat Piala FA Dikritik Ramai
Timbul pelbagai reaksi dari penyokong dan pelbagai pihak mengenai tindakan Mat Yo buang pingat Piala FA di tong sampah. Kelakuan ini telah dapat perhatian dari penyokong JDT sendiri mahupun Penyokong The Red Warriors dan isu ini telah dikritik hebat dari kedua dua penyokong.
Pemain ini yang merupakan anak tambatan dalam pasukan kebangsaan telah melakukan sesuatu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Lebih lebih lagi pingat tersebut dikalungkan oleh Tengku Mahkota Kelantan. Apakah punca sebenar sehinggakan Mat Yo berkelakuan seperti itu?
Penyokong The Red Wariors (TRW) menganggap tindakan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha membuang pingat Piala FA ke dalam tong sampah sebelum memasuki bilik perlawanan Sabtu lalu, sebagai biadap dan kurang ajar.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Rasmi Kelantan (KPBRK), Rozamri Mohd Ali, berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan Norshahrul Idlan atau Mat Yo selaku pemain kebangsaan dan profesional.
Rozamri berkata, tindakannya itu juga dianggap tidak menghargai pingat yang dikalungkan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Sebagai pemain profesional, Mat Yo sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain lain dan perlu menerima keputusan biarpun pasukannya tidak berjaya menjulang Piala FA, katanya ketika dihubungi semalam.
BH Sukan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Sementara itu, Timbalan Kelate.net, Mahizi Mahmood pula menganggap dendam terhadap TRW yang ada dalam diri Mat Yo menjadi punca utama pemain yang menerima anugerah paling bernilai tiga tahun berturut-turut itu bertindak membuang pingat berkenaan.
“Mungkin ada sesuatu yang tersimpan dalam hati Mat Yo terhadap TRW dan selepas kekecewaan gagal menjulang Piala FA menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi.

sumber : http://aiskosong.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved