Nabila Huda Lebih Selesa Hidup Bujang

on Wednesday, 3 July 2013

Semua peminat hiburan tempatan sedia maklum bahawa hubungan cinta antara pelakon terkenal, Nabila Huda bersama Nas-T telah pun berakhir sejak bulan lalu dan sewaktu bertemu dengan pelakon terbabit di Restoran Rasta, petang semalam, Nabila telah mengesahkan sendiri berita itu.

Menurut Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil, kini dirinya lebih selesa untuk hidup bujang dan gembira dengan kehidupan sekarang.
Saya selesa untuk hidup bujang dan saya rasa sangat gembira. Ya, status saya sekarang adalah single and available.

Sebenarnya saya memang sayangkan Nas-T dan sampai sekarang kami masih lagi berhubung serta berkawan seperti biasa. Saya sayangkan hubungan ini, tapi ini adalah keputusan yang terbaik buat saya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kisah putus cintanya itu, Abil akui amat takut untuk menjalinkan hubungan cinta bersama Nas-T kerana bimbang ianya boleh merosakkan persahabatan yang telah sekian lama terjalin antara mereka.Saya takut dengan cinta sebab pada saya cinta boleh merosakkan persahabatan. Adat orang melayu selalunya bila bercinta, lepas itu putus, kita akan buat hal sendiri dan ambil keputusan untuk tak nak berkawan lagi. Jadi, saya tak nak perkara macam itu terjadi.

Kalau ada jodoh, adalah. Saya pun dah tak nak bercinta. Kalau boleh terus kahwin je.

Menyentuh mengenai respon bapanya, Amy Search yang dikatakan tidak tahu mengenai hubungan cintanya bersama Nas-T, pelakon wanita ini akui dia sendiri tidak gemar untuk berkongsi hal peribadi bersama keluarga dan merasakan ia adalah satu perkara biasa yang tidak perlu digembar gemburkan kepada seluruh ahli keluarga.

sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved