Kami terikat, kata Penganjur Miss Malaysia

on Wednesday 24 July 2013



Penganjur Miss Malaysia World 2013 menyuarakan kekesalannya apabila orang Islam tidak dapat menyertai pertandingan ratu cantik dan tiada apa yang dapat dilakukan mereka berhubung perkara itu.

Pengurus Besar Meridian Surf Sdn Bhd Eddie Kong berkata, mereka terikat dengan fatwa pada 1996 yang mengharamkan umat Islam menyertai pertandingan sebegitu.

"Kami mohon maaf kepada peserta beragama Islam dan kami percaya mereka mempunyai peluang seimbang untuk menjadi pemenang.

"Sangat dikesalkan, tiada apa yang dapat kami lakukan kerana undang-undang (fatwa) dan kami harus patuh padanya," kata Kong kepada Malaysiakini.

Fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WIlayah Persekutuan 1993 memutuskan, menyertai, menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa untuk pertandingan ratu cantik haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sebelum ini, penganjur menggugurkan penyertaan dan melucutkan kelayakan empat peserta beragama Islam digugurkan bagi terus bertanding dalam acara itu.

Empat peserta itu dilapor kecewa dengan fatwa tersebut - tindakan yang mendorong Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan atas dakwaan menghina Islam.
sumber : http://www.malaysiakini.com/bm
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved