Elaine Daly Dilantik Mentor Miss Universe Malaysia 2014!

on Tuesday 2 July 2013

Selebriti popular Elaine Daly telah berjaya dilantik menjadi Mentor Miss Universe Malaysia 2014. Siapa tidak kenal Elaine Daly? Pengacara rancangan tv iaitu Bella. Elaine Daly memang layak menjadi mentor kepada Miss Universe Malaysia kerana pengalamannya memang terlibat dalam industri hiburan dan dunia kecantikan.

Gambar Elaine Daly Peserta Miss Universe Malaysia 2003

Model, pelakon dan pengacara Elaine Daly kerana dilantik menjadi mentor serta penasihat kepada peserta Miss Universe 2014. Khabarnya perlantikan anchor program Bella ini dilakukan berdasarkan kepada pengalaman serta pencapaian Elaine Daly sebagai Miss Malaysia World 1999 dan Miss Malaysia Universe 2003.

Dengan peranan baru yang dipegangnya itu Elaine Daly yang memiliki kerjaya profesional sebagai seorang peguam ini juga bakal memperkenalkan pencarian The Next Miss Malaysia Universe Malaysia 2014.

Elaine Daly juga akan memastikan bahawa pada The Next Miss Malaysia Universe Malaysia 2014 ini nanti adalah hip, urban, relevan dan real. Besar juga peranan Elaine Daly yang dimainkan kan?

Diharap sesiapa yang dipilih nanti, biarlah seorang wanita yang boleh diklasifikasikan sebagai "beauty with brain" sepertimana Elaine Daly sendiri.

Elaine Daly adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan ikon oleh kebanyakan gadis-gadis di luar sana kerana dia telah membuktikan bahawa gadis yang jelita bukan sekadar bimbo semata-mata tetapi jugak bijak.

sumber 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved