Arja Lee Berjaya Disenarai Pendek Dalam AF 2013

on Monday, 1 July 2013

Biarpun telah membina nama yang semakin kukuh di dalam bidang lakonan, hasrat untuk menjadi seorang penyanyi tidak pernah luput atau pada dalam jiwa aktor Arja Lee.

Dia yang sedang 'meletup' dengan drama Misiku Kuza dan memegang status Hero Baru Malaysia mengakui bahawa nyanyian masih lagi menjadi keutamaan dirinya dan atas sebab itulah dia sanggup melapang dirinya untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013 di lokasi yanng terakhir iaitu di Shah Alam, pada pagi semalam (Ahad).

"Saya kira bagi sesiapa yang mengenali saya waktu mula-mula berkecimpung di dalam bidang ini dulu, cita-cita saya yang sebenarnya adalah untuk menjadi penyanyi. Tapi, rezeki berlakon pula yang datang lebih dulu dan selepas membintangi ...Dalam Botol serta beberapa drama termasuklah Misiku Kuza, orang lebih mengenali diri saya sebagai pelakon dan bukan penyanyi.

"Namun, minat dan keinginan untuk menyanyi masih membara dan ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jika ada kelapangan saya akan menyanyi di beberapa majlis," katanya kepada murai.com.my.

Apabila mengetahui bahawa Akademi Fantasia telah pun kembali pada tahun ini, Arja Lee menyatakan keinginannya untuk menyertai program realiti tersebut kepada orang yang berada di sekelilingnya terutama rakan-rakan dan keluarga.

"Bermacam-macam maklum balas yang diterima. Ada yang pro dan ada juga yang kontra. Tapi demi mengikut suara hati, saya pergi juga. Orang lain boleh memberikan pandangan mereka, tapi suara hati saya siapa yang mahu dengar? Tentu diri saya sendirikan? '

"Lagipun saya ingin masuk AF 2013 bukan disebabkan mahu mencari populariti atau sebagainya. Tapi demi memenuhi minat dan cita-cita saya untuk menyanyi. Jadi, saya pun pergilah ujibakat AF 2013 di Shah Alam semalam (Ahad). Bila tengok orang-orang yang datang ujibakat, saya rasa tak condident jugak. Sebab, kebanyakan mereka hebat-hebat.

"Tapi, saya cuba juga. Alhamdulillah, Saya telah melepas kesemua stage 3. Rasa sedih pun ada sehingga tidak sedar saya mengalirkan air mata. Sebab, ibu saya suka saya menyanyi dan saya buat ini semua pun untuk dia juga. Yang penting dia happy," katanya lagi.

Ini adalah kali kedua Arja menghadiri ujibakat AF. Kali pertama pada ujibakat AF6 dan dia tersenarai dalam kategori Top 25.

"Untuk ujibakat AF 2013, saya tidak tahu apakah saya akan tersenarai dalam Top 25 atau tidak. Semuanya terserah pada pihak juri, team produksi AF 2013 dan pengurusan Astro.Tapi yang ujibakat saya pada hari semalam adalah Najip Ali, Cikgu Syafi dan ketua Saluran Ria, Raqeem.

"Saya harap mereka akan menilai saya dengan sebaiknya dan memberi peluang untuk saya menyertai AF 2013 kali ini," katanya.

Sambung Arja Lee lagi, biarpun mendapat pass istimewa daripada pihak Astro untuk menjalani ujibakat AF 2013, namun dia tetap beratur dan menunggu seperti mana orang lain yang datang menghadiri ujibakat tersebut.

"Saya datang seawal jam 7 pagi dan ujibakat saya berakhir pada jam 10 malam. Dan sepanjang menunggu itu, ramai peminat yang menyedari kehadiran saya. Dan saya telah bergambar dengan mereka dari pagi sampai ke petang.

"Dan mereka juga bertanya macam-macam soalan dengan saya. Kenapa saya nak masuk AF 2013 sedangkan saya sudah popular serta dikenali? Kenapa saya nak menyanyi sedangkan saya sudah dikenali sebagai pelakon serta bermacam-macam lagi.

"Saya katakan pada mereka seperti apa yang saya jelaskan awal tadi bahawa nyanyian sudah menjadi keutamaan saya sejak dari dulu lagi dan saya juga rasa tidak salah untuk saya mencuba. Sekalipun, sudah bergelar artis sepertimana yang mereka anggap, tapi mencuba itu tetap tidak salah. Yang penting di mana kemahuan, di situ ada jalan," katanya.

sumber : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved