ZAHIRIL ADZIM DAH JADI DADDY

on Thursday 20 June 2013




Pasangan pelakon yang sama cantik sama padan ini akhirnya bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelaki yang baru dilahirkan petang tadi. Menerusi laman Twitter milik Zahiril, pelakon itu berkongsi rasa syukur dan keterujaannya terhadap berita gembira itu.


Melalui laman sosial itu juga Zahiril sempat meluahkan rasa terima kasih di atas ucapan selamat yang diterima dari rakan-rakan serta peminat setia mereka.


Malah beberapa minit selepas itu, Zahiril juga telah menukar Bio di profile Twitter miliknya dari ‘Bakal Daddy’ kepada ‘Dah Jadi Daddy’. Memang cukup terserlah keterujaan Zahiril saat pertama kali menjadi bapa.


Buat masa ini belum ada gambar bayi dikongsikan tapi kami percaya ramai yang ternanti-nanti mahu melihat bayi pertama mereka ini. OHBULAN! sendiri pun tak sabar nak tengok, mesti comel kan?

Apapun, tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan ini. Semoga bayi yang dilahirkan kekal sihat dan selamat berpantang buat Shera.

Untuk pengetahuan semua, Zahiril dan Shera mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 di Perak.



Sumber : ohbulan.com

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved