Taksub Anak Patung Jepun

on Monday 1 July 2013

Ramai gadis berkeinginan dilihat seperti anak patung kegemaran mereka. Katie Lawrence dari Camberwell, London tidak ketingalan. Gadis berusia 20 tahun itu menjalani kehidupan seharian seperti anak patung manusia, menghabiskan tiga jam sehari mendapatkan penampilan sempurna seperti anak patung.

KATIE menggunakan mekap krayon untuk dilihat seperti anak patung.
Dia sentiasa berpakaian skirt kembang dan menggunakan mekap krayon serta mengaku amat taksub dilihat seperti anak patung. Pelajar seni itu sanggup menghabiskan berjam-jam mengkaji budaya Jepun dan permainan video untuk mendapat ilham bagi penampilan dirinya.


Yakin dengan penampilannya
Bercakap mengenai hobi peliknya, Katie berkata dia berasa gembira dengan penampilannya kerana setiap kali berjalan, orang akan menoleh dua kali ke arah saya. Ada juga yang meminta untuk bergambar bersama.

Banyak menghabiskan masa dengan mekap
Dia juga sukakan mata besar seperti anak patung dalam filem animasi dan tidak kisah untuk menghabiskan masa berjam lamanya setiap hari untuk bermekap, melekatkan kanta bulat dan dua set bulu mata palsu untuk kelihatan seperti anak patung.


sumber :http://myblogsantai.blogspot.com/ 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved