Reputasi Tercalar

on Monday, 1 July 2013



Tiada lagi wakil Malaysia dalam program The Apprentice Asia apabila satu-satunya peserta harapan iaitu Nazril Idrus atau Nash, tersingkir pada episod keenam minggu lalu.

Sebelum ini, dua wakil Malaysia iaitu Hanzo dan Nik terlebih dulu meninggalkan program terbabit selepas dipecat oleh hosnya, Tan Sri Tony Fernandes. Pastinya, keputusan itu mengejutkan peminat program realiti itu dan mengecewakan mereka yang menaruh harapan kepada Nash untuk bergelar juara.

Sudah namanya program realiti, silap percaturan pasti mengundang padah. Dek kerana terlalu kerap membuat kesilapan ketika ditugaskan untuk mengurus bahagian housekeeping di sebuah hotel terkemuka pada cabaran terakhir minggu lalu, Nash akhirnya dipecat.

Berikutan itu, penyingkiran Nash bagai memberi persepsi kurang enak terhadap dirinya.

Mengapa tidak, sebagai penasihat kewangan profesional, sedikit sebanyak ia mampu mencalar reputasi yang dibinanya selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan itu, Nash menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya.
“Saya tidak nampak penyingkiran itu akan membuatkan reputasi saya tercalar. Saya sudah melakukan yang terbaik ketika berada dalam program terbabit. Terus terang, sewaktu dipanggil ke bilik Lembaga Pengarah, saya tak jangka akan disingkir kerana saya mengikut segala arahan diberi.

“Berdasarkan arahan, kami diminta untuk membuat sesuatu dengan betul. Apabila berlaku kesilapan ketika mengambil pesanan dan ketika makanan dihantar, saya sanggup mengambil risiko dengan membayar ganti rugi bagi makanan yang silap ditempah.


sumber : http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved