Ezlynn Pening Disoal Tentang Anak.

on Monday, 1 July 2013

Ezlynn Pening Disoal Tentang Anak. Bila Nak Hamil atau Mengandung? Bila Nak Dapat Anak Dengan Adam Fahmi?

Begitulah persoalan yang sering ditanya kepada Ezlynn yang sudah dua tahun berkahwin dengan pengurus merangkap suaminya Adam Fahmi. Pelbagai usaha telah dicuba oleh mereka berdua. Pelbagai petua yang diamalkan. Namun rezeki masih belum memihak kepada mereka berdua.
Walaubagaimanapun, Ezlynn masih mampu tersenyum dan tidak tertekan sangat, mungkin dua tahun masih lagi awal? Baca dibawah tentang luahan hati Ezlynn tentang isu anak..

Ezlynn Tidak Tertekan Ditanya Soal Anak

Penyanyi dan pelakon Ezlynn tidak tertekan apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai anak selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, (Gambar) Adam Fahmi.
Ezlynn atau nama sebenarnya (Gambar) Azline Ariffin, 31 tahun, sebaliknya berkata, mereka masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata namun rezeki masih belum menyebelahi mereka.
"Saya dan suami tidak pernah merancang tetapi masih belum rezeki kami untuk mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun kami tidak tertekan dengan situasi ini kerana yakin akan tiba masa untuk kami nanti," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.
Ezlynn dan Adam, 35 tahun, sah bergelar suami isteri pada 20 November 2011 dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini.

Ezlynn Berharap Dikurniakan Cahaya Mata

Dalam perkembangan sama, Ezlynn berkata, keluarga kedua-dua belah pihak juga tidak pernah membangkitkan soal berkenaan kepada mereka namun mengharap rumah tangga yang dibina itu akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata.
Bagaimanapun kata Ezlynn, dia tahu keluarga sebelah suaminya mengharapkan kehadiran cucu kerana Adam adalah anak pertama dalam keluarganya.

"Sebelah keluarga suami masih belum ada yang berkahwin dan sudah tentu harapan itu agak tinggi diletakkan kepada kami namun keluarga mertua juga memahami dan tidak pernah membangkitkan soal tersebut," jelasnya.
Sementara itu, Ezlynn berkata, dia semakin memahami Adam yang juga pengurusnya dan semakin bijak membezakan soal kerjaya dan peribadi.
"Sebenarnya tidak banyak perbezaan tetapi kami semakin saling memahami di antara satu sama lain dan kami bahagia bersama," katanya.

sumber : http://www.mohdrohaizad.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved