Marsha Londoh nafi kekasihnya suami orang

on Saturday 12 April 2014

 Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh menafikan kekasih barunya suami orang seperti didakwa orang. Katanya, dia sudah menyelidiki latarbelakang lelaki itu sebelum bercinta kerana tidak mahu situasi sama akan dialami seperti Hanez Suraya.

Selain itu, Marsha turut memberitahu bahawa buah hatinya hanya orang biasa dan bukan berpangkat tinggi. Bukan harta atau kekayaan yang ingin dikejarkannya dalam mencari pasangan hidup tetapi seorang lelaki yang boleh dijadikan tempat berkongsi kasih sayang dan tempat bermanja.

"Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus."
sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved