Filem Kami Histeria Gandingan Pelakon Wanita Jelita

on Tuesday 4 February 2014


Ada peminat Diana Danielle, Fazura, Sara Ali, Nad Zainal atau Mila Jirin kat sini? Mestilah ada kan?! Filem komedi seram terbaru, Kami Histeria bakal menggegarkan industri perfileman tanahair dengan gandingan mantap pelakon wanita jelita idaman si jejaka Malaya. Ditambah dengan pelakon lelaki kacak bergaya lagi berbakat besar seperti Izzue Islam dan Afdlin Shauki, pasti filem ini menjanjikan kelainan yang dicari-cari para peminat filem tempatan.

Filem ini terbiat Red Films. Oh! Media boleh gerenti filem yang diterbitkan Red Films ni gerenti syok dan punya kelainan dari filem tempatan yang biasa kita tonton. Contohnya macam filem Gol & Gincu, Pisau Cukur dan Instanbul Aku Datang, semua mempunyai sentuhan magis yang membuatkan filem melayu jadi lebih menarik.

Secara ringkasnya, filem ini berkisarkan sebuah kumpulan muzik dengan nama “Histeria” yang dianggotai oleh 5 orang remaja iaitu Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut. Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube.

Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka.

Bagaimana perjanjian kumpulan Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati? Itu kenalah tonton filem ni sendiri nanti. Heh!

Filem KAMI HISTERIA ini akan mula ditayangkan pada 6 Februari 2014 ini. Pada kami, filem dengan gandingan para pelakon yang SANGAT MANTAP ni pastinya takkan mengecewakan anda, insyaAllah.

 
 
 
 
sumber; http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved