Inilah Kerja Sambilan Superhero Apabila Tiada Penjahat

on Wednesday, 24 July 2013













sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Gambar perkahwinan Hattan dan bekas isteri, Arianie





sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/

Gua Tengkorak Dasar Laut Di Anggap Markas Iblis


Ketika sedang menyelam di kawasan terpencil, seorang penyelam mennemui gua dengan pintu gua menyerupai tengkorak.

Lebih seram lagi, di tempat ini sering berlaku kematian. Gua yang dianggap markas iblis ini terletak di Hodge Close Quarry di UK.

Kawasan tempat selaman ini boleh diakses melalui terowong sepanjang 25 meter. Tempat yang sudah terkenal di kalangan penyelam ini telah menelan banyak korban.

"Gambar ini diambil di Hodge Close berhampiran Coniston di Lake District. Penyelam tewas di terowong bawah lautnya dan para pendaki pun bernasib sama. Dengan memutarnya 90 darjah, gua ini akan kelihatan seperti tengkorak. Menyeramkan," kata jurugambar Peter Bardsley.

Saya menyedari bentuk tengkorak ini setelah sampai di rumah, lanjutnya seperti dipetik Daily Mail.

"Para pengunjung sebaiknya mempertimbangkan tahap latihan sebelum masuk ke tempat ini. Sebanyak tiga penyelam tak berpengalaman tewas disini '. tertulis di papan peringatan laman lokasi gua tengkorak ini.
sumber ; http://dairishare.blogspot.com/

Sazzy Falak Dicemuh Kerana Sokong Alvivi?


Umum sedia maklum mengenai pasangan blogger yang mencipta kontroversi beberapa minggu lalu selepas memuat naik sekeping foto menunjukkan mereka sedang menikmati hidangan Bak Kut Teh sambil mengucapkan Selamat Berbuka Puasa.

Akibat daripada itu, ramai rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dan menganggap ianya tidak bermoral. Walaupun Alvin dan Vivian atau lebih dikenali sebagai Alvivi telah dipenjarakan sementara menunggu kes dibicarakan semula, namun isu ini masih hangat diperkatakan apabila Sazzy Falak dikatakan menyokong pasangan itu.

Sazzy mula dicemuh peminat apabila selebriti itu dilihat telah berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh seorang blogger lain dan menulis status seolah-olah memihak kepada Alvivi di laman Facebook miliknya.



Status di Facebook Sazzy yang menimbulkan kontroversi

Namun melalui portal Malaysian Digest, Sazzy telah menafikan perkara itu dan menyatakan dia langsung tidak tahu mengenai perkembangan akaun Facebook miliknya memandangkan ia dikendalikan oleh orang lain.


Saya tak tulis apa-apa di Facebook saya. Saya tak share apa-apa pun. Saya memang jarang buka Facebook. Selalunya ia dikemaskinikan oleh admin saya. Saya rasa ada orang yang ter-share dan menggunakan akaun saya.

Nampak macam memang saya yang tulis tapi sumpah itu bukan saya. Apapun saya mohon maaf kalau ‘saya’ telah menimbulkan kemarahan ramai. Kalau saya nafikan pun, nanti orang tentu akan cakap yang nampak sangat macam ‘saya’ bersalah. Jadi adalah lebih baik saya minta maaf kepada mana-mana yang terasa dengan hal ini.

Apa yang penting, jujur itu bukan saya. Pendirian saya yang sebenar adalah tentunya saya tidak berpihak kepada pasangan itu. Tambahan saya tidak tahu cerita sebenar. Sebagai rakyat yang tinggal di negara pelbagai kaum, kita mestilah menjaga sensitiviti budaya dan agama bangsa lain. Mungkin ia nampak seperti bergurau tapi ia tetap sensitif.

Bagaimanapun, Sazzy enggan ambil pusing dengan perkara tak elok yang dilemparkan oleh orang ramai kepadanya namun tetap akan mendapatkan penjelasan sebenar daripada ‘admin’ yang mengendalikan akaun Facebooknya berkenaan perkara itu.
sumber : http://www.ohbulan.com/

Raja Ilya dibenci kerana jahat?


Watak Haliza dalam drama Dahlia buat Raja Ilya semakin popular.

NIATNYA pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa tetapi kedatangannya disambut dengan kata-kata amarah peniaga.

Belum sempat Raja Ilya bertanya harga makanan yang dijual, dia terus disapa dengan kata-kata, "Kami sekeluarga benci awak".

Kata Raja Ilya, awalnya dia memang terkejut dengan lontaran kata-kata peniaga yang tidak dikenali itu tetapi kembali tersenyum apabila diberitahu yang peniaga itu hanya membenci watak Haliza, lakonannya dalam drama Dahlia.

"Siapa yang tidak terkejut, orang yang tidak dikenali tiba-tiba kata benci kepada kita. Selepas ini saya akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan penonton setia drama Dahlia.

"Apa pun saya bersyukur kerana watak Haliza itu berjaya memberi impak kepada penonton dan sekali gus menjadi platform untuk saya terus berkarya," katanya tersenyum.

Menurut Raja Ilya, ketika mendapat watak tersebut, dia tidak sangka karakter Haliza begitu jahat.

"Apabila mengetahui kejahatan Haliza yang amat luar biasa itu, saya takut untuk membawanya tetapi saya terima juga bagi menguji kebolehan diri.

"Walaupun dibenci atau dimarahi oleh orang ramai kerana watak itu, saya bersyukur tidak ada lagi perkara buruk seperti dibaling batu menimpa diri saya," kata Raja Ilya yang mula dikenali menerusi filem Appalam.

Justeru namanya semakin dikenali, Raja Ilya menegaskan bahawa dia tidak akan pernah bersikap demand.

"Wajah saya yang tidak seperti Melayu pernah membuatkan saya kecewa dengan industri hiburan kerana enggan menawarkan watak dalam sesebuah drama. Kini, saya boleh bersyukur kerana tawaran yang datang semakin banyak.

"Mungkin kerana penangan watak Haliza yang saya bawakan membuatkan saya semakin dikenali. Terima kasih kepada Global Station yang memberikan saya peluang untuk berlakon dalam Dahlia dan menggandingkan saya dengan artis-artis senior seperti Hans Isaac, Faizal Hussein dan Dira Abu Zahar," ujarnya tentang drama yang disiarkan di saluran Astro Mustika HD itu.

Dia yang baru sahaja selesai penggambaran telemovie sempena Syawal, Misteri Malam Raya bergandingan dengan kumpulan Senario berkata, raya kali ini bakal meriah.

Ini kerana dia akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama buat pertama kali kepada peminat, kenalan dan sanak saudara di Shah Alam nanti.
sumber : http://www.utusan.com.my/

Kembali Kepada Kekasih Lama


PASANGAN Jennifer Lawrence dan Nicholas Houltini dilihat kembali berkasih.

CINTA Jennifer Lawrence dengan bekas kekasihnya, Nicholas Hoult amat kuat. Biarpun dia pernah berpisah dengan Nicholas selama enam bulan tetapi akhirnya dia kembali juga ke dalam dakapan lelaki itu.

Seperti dilapor Showbizspy, benih cinta mereka kembali bertaut sewaktu sama-sama membintangi filem X-Men: Days of Future Past baru-baru ini.

Tambah menarik apabila Lawrence dan Hoult masing-masing melakonkan watak Mystique dan Beast dalam filem tersebut.

"Mereka mulai menjalani penggambaran filem itu pada April lalu hanya sebagai teman. Tetapi pada suatu hari mereka dilihat berciuman di lokasi penggambaran tersebut," ungkap salah satu sumber kepada laporan itu.

Sumber terbabit turut menambah bahawa hubungan mereka makin dekat setelah itu. Lawrence bahkan sempat mengumumkan pada orang di sekitarnya bahawa dia telah jatuh cinta sekali lagi dengan bekas kekasihnya itu.

Lawrence dan Hoult sendiri sempat mengakhiri hubungan mereka pada Januari lalu sedangkan sebelum itu mereka telah berpasangan sebagai kekasih selama dua tahun.
sumber : http://www.utusan.com.my/



Hattan Selamat Nikahi Bekas Isteri


NIKAH SEMULA... Penyanyi Hattan menikahi semula bekas isterinya, Arianie Mohd. Abidin di Putrajaya petang ini. - UTUSAN

PUTRAJAYA 24 Julai - Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya.

Pasangan tersebut selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz pada pukul 6 petang dalam satu majlis ringkas yang diadakan bertempat di Marriott Putrajaya di sini hari ini.

Pasangan itu disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Hattan dan Arianie sebelum ini pernah bernikah pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman sebelum berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005.
sumber : http://www.utusan.com.my/

Neelofa Tidak Suka Tindakan Pelawak Persenda Agama

neelofa 2013

Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak, di mana melalui kata-katanya itu, Neelofa telah melahirkan rasa kurang senangnya terhadap tindakan pelawak yang suka mempersendakan isu agama dan melihat perkara tersebut sebagai satu tindakan yang kurang bijak.

Melawak mempermainkan agama lain walaupun bukan agama islam,itu bukan melawak tapi kurang ajar & kurang bijak,lagi2 bila berkaitan dgn SALAM

neelofa 2013
Berikutan status tersebut, terdapat seorang peminat yang tidak semena-mena telah mengaitkan isu berkenaan dengan bentuk fizikal Neelofa dan respon itu dilihat sebagai satu perkara yang tidak relevan.
neelofa 2013
Selain meluahkan perasaan kurang senangnya itu melalui akaun Twitter, pelakon ini turut berkongsi foto status tersebut menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi :

Melawak pun kena bijak. Setuju!?

Foto tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai respon daripada peminat, di mana ada yang bersetuju dengan kata-katanya itu dan ada juga yang cuba menyalahkan Neelofa semula dengan membangkitkan isu mengenai kesedaran menutup aurat.
neelofa 2013
Bagaimanapun, kami juga kurang pasti siapakah pelawak yang dimaksudkan oleh pengacara ini dan sebagai umat Islam ada baiknya apa yang diperkatakan oleh Neelofa itu.

Memandangkan kita duduk di negara yang berbilang kaum dan bangsa, jadi sikap hormat-menghormati antara satu sama lain adalah perkara yang harus diamalkan oleh setiap pendududk di negara ini.
sumber : http://the-faceblog.com/

Pelakon Rabecca Nur Saman Erma Fatima

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, memfailkan saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd milik produser dan pengarah Erma Fatima kerana mendakwa syarikat produksi itu gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu arahan pengarah terbabit, tahun lalu.

Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Sivil, Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini, semalam melalui syarikat guaman Azam, Idzham, Azman & Partners. Drama Dejavu Di Kinabalu diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012. Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.

Menurut Rabecca, dia tidak boleh bercakap lebih lanjut mengenai kes itu kerana masih dalam perbicaraan.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Sukarelawan Pakai Kostum Kuda Belang Untuk Kawal Lalu Lintas



LA PAZ - Kesesakan lalu lintas merupakan masalah utama di kota-kota besar dunia termasuk ibu kota Bolivia, di sini.
Senario itu mendorong sekumpulan sukarelawan muda melaksanakan idea baharu bagi melancarkan trafik di bandar raya ini.

Mereka berbuat demikian dengan memakai seragam kostum kuda belang untuk membantu orang ramai di lintasan pejalan kaki di sekitar ibu kota ini.

Selain membantu melancarkan trafik, Program The Mama Zebra itu turut memberi gaji bulanan kepada golongan belia. Program tersebut mengupah sukarelawan berusia di antara 16 sehingga 23 tahun.

Seorang sukarelawan, Rebecca berkata, kehidupannya menjadi tidak menentu sebelum menyertai program tersebut.

"Namun, kini saya mengetahui banyak perkara mengenai bandar ini dan berharap kita semua dapat membantu menjadikannya lebih baik," kata Rebecca. 
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Panas : Artis Malaysia Kantoi Tak Puasa

artis takpuasa Panas : Artis Malaysia Kantoi Tak Puasa

Kantoi habis sebelum nie kita dengar penjawat awam tidak berpuasa dan makan dikawasan terbuka. Baru baru ini kecoh keluar di Buletin 8 malam 3 hari lepas. Kini Artis Malaysia ramai yang kantoi habis tidak berpuasa dan telah terbongkar kegiatan yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Kalibat artis yang kantoi habis adalah Ezany dan Irma Hasmie malah ramai lagi… Hebat! hahahahha!
Apa pun kelakuan mereka ini telah dirakam, dan bila kantoi, mereka seolah olah tidak tentu arah dan ada yang malu malu kucing untuk menjelaskan perkara sebenar.
Saksikan rakaman ini artis artis kantoi tidak berpuasa di bulan mulia ini.. Jeng! Jeng! Jeng!
sumber : http://aiskosong.com/

Doktor Maki Babi, Bodoh.. Pesakit Tampil Beri Kenyataan

Ekoran beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang tampil bagi membuktikan kejadian itu memang berlaku.

Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin berkata penampilan pesakit-pesakit itu bagi membuktikan apa yang beliau bangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah benar.

“Hari ini saya tampil untuk membuktikan dan tunjukkan kebenaran tentang aduan daripada rakyat kepada saya, saya hendak mereka (mangsa) sendiri cakap kerana mereka yang terkena.

“Saya bukan hanya cakap kosong atau mengada-adakan cerita dalan DUN, ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk membantu penduduk di kawasan saya, dan saya tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama,” katanya pada sidang akhbar Kepala Batas Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Dr Afif Bahardin yang mahu Roslan meminta maaf secara terbuka kepada para doktor di seluruh negara ekoran dakwaan terdapat doktor yang bersikap rasis.

Bernama melaporkan Roslan berkata kini Dr Afif pula harus meminta maaf kepada penduduk yang menerima layanan buruk itu dan jika gagal berbuat demikian adalah lebih baik beliau meletak jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri.

“Saya juga mahu kementerian menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada doktor terlibat, ini perkara yang serius. Setakat ini saya terima enam aduan daripada orang ramai melibatkan lima di Hospital Kepala Batas (HKB) dan satu di Hospital Seberang Jaya (HSJ)” katanya.



Seorang warga emas yang hadir, Hamid Salleh, 66, berkata kejadian berlaku pada bulan Jun lepas apabila seorang doktor lelaki di bahagian kecemasan HKB telah memaki hamun beliau.

“Anak pakcik hantar ke hospital kerana keadaan kesihatan pakcik yang makin teruk, semasa di wad kecemasan, doktor itu telah memaki hamun termasuk kata bodoh kepada pakcik.

“Pakcik akui salah pakcik kerana tidak makan ubat tetapi bukan begitu caranya dengan maki hamun, sedangkan pakcik lebih tua daripadanya. Dia langsung tidak ada rasa hormat,” katanya yang menghidap sakit jantung, asma, darah tinggi dan kencing manis.

Seorang lagi yang ditampilkan Roslan, Syahida Saad, 27, yang tinggal di Kepala Batas berkata pada 28 Mei lepas beliau ke HSJ berikutan besi yang terdapat dalam pahanya patah, bagaimanapun seorang daripada doktor di hospital berkenaan enggan mengeluarkan besi itu, dan hanya menyuruhnya pulang.

Beliau sedih dengan kejadian itu kerana katanya besi itu dimasukkan ke dalam pahanya kerana terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan nyawa suaminya pada 7 Nov tahun lepas.

“Saya kecewa dengan tindakan doktor lelaki itu, dia suruh balik dan siap maklumkan kalau masih boleh jalan tidak perlu buang besi itu sedangkan dalam masa itu saya tidak boleh jalan dan menanggung kesakitan.

“Saya minta bantuan Datuk Roslan dan adukan perkara itu kepadanya sebelum pihak HSJ memanggil saya semula keesokannya untuk menjalankan pembedahan membuang besi,” katanya.

Suri rumah Mariani Mansor, 22, pula menceritakan anak perempuannya berusia empat bulan mengalami sesak nafas akibat batuk yang teruk pada 21 Jun lepas tetapi seorang doktor lelaki yang berada di wad kecemasan di HKB memarahinya tanpa sebab dan menyuruhnya pulang tanpa memberikan rawatan.

“Doktor itu cakap, saya bukan Tuhan untuk menyembuhkan anak kamu, lagipun tidak teruk ini…pergilah klinik swasta…sedangkan muka anak saya ketika itu sudah kebiruan kerana sesak nafas,” katanya.

Datuk Roslan Saidin pula berkata, beliau meminta EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin meminta maaf kerana menuduhnya berbohong ketika sidang DUN lalu. “Sebagai wakil rakyat saya hanya mendedahkan aduan rakyat yang diterima dan bukannya bercakap kosong atau mengadakan cerita. Saya juga bukan rasis,” katanya.

Dalam pada itu Dr Afif Bahardin dilaporkan enggan memohon maaf, katanya, “Saya tidak perlu minta maaf, biar siasatan dijalankan dan jika benar dakwaan itu seharusnya doktor terbabit yang minta maaf,” kata EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Menurutnya, beliau percaya doktor terbabit bukan bersikap perkauman, tetapi masalah itu lebih kepada berlakunya salah faham.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Gadis 14 Tahun Ketagih Hisap Susu Botol

Seorang gadis berusia 14 tahun di Seremban tak mampu meninggalkan tabiat menghisap susu botol kerana menganggapnya susu botol itu terlalu sedap untuk ditinggalkan.-ketagih!

"Rasa susu yang sedap menyebabkan saya menjadi ketagih dan kurang berminat dengan minuman lain hingga kadangkala tidak perlu makan sehari suntuk,” kata Farah Sauffiah Rahmat, yang masih ‘setia’ menghisap susu botol walaupun usianya kini sudah mencecah 14 tahun.

Pelik dan ajaib...tetapi itulah hakikatnya apabila Farah yang juga merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sikamat, sanggup membeli susu tepung menggunakan wang poket sendiri demi memenuhi tabiat peliknya itu.

Anak ketiga daripada empat beradik itu kebiasaannya minum hampir 15 botol sehari dan dia juga gemar meratah susu yang dianggapnya terlalu enak berbanding minuman lain.



Kata Farah lagi, ketagihannya sejak kecil itu menyebabkan dia perlu ‘menyusu’ hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah atau sekolah.

“Bagaimanapun, saya hanya minum susu botol ketika berada di rumah yang dianggap sebagai keperluan walaupun ada menjamu makanan lain sama ada masakan ibu atau kantin sekolah.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Kanak-kanak strok lawan ramalan doktor

Isabel Manchip

LONDON 24 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami strok ketika berusia setahun, menolak segala ramalan perubatan tentang masa depannya yang tipis untuk pulih dengan belajar untuk berjalan dan bercakap.

Isabel Manchip dari Portsmouth merupakan seorang daripada kanak-kanak termuda di Britain yang menderita akibat strok hingga merosakkan 75 peratus otak kanannya.

Kecederaan otak di bahagian kanan dikenali sebagai hemiplegia, boleh melumpuhkan bahagian kanan badan dan begitu juga sebaliknya.

Kini usia kanak-kanak itu sudah lebih dua tahun, dan dia mula menggunakan bahagian kiri badannya serta memakai anduh setiap hari bagi menyokong tangan kirinya.

Tidak seperti orang dewasa yang terdedah kepada penyakit strok akibat merokok, diet yang teruk dan kolestrol tinggi, punca penyakit itu terhadap kanak-kanak masih belum dapat dijelaskan.

Namun, menurut ibu bapa Manchip, Rebecca, 45, dan Eddie, 48, anak mereka itu dipercayai mengalami strok akibat demam campak pada Disember 2011 dan terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama lima hari.

Malah, kanak-kanak terbabit tidak mempunyai harapan tinggi untuk hidup apabila doktor memaklumkan bahagian otak kanannya telah mengalami kerosakan sebanyak 95 peratus.

Namun, tiga bulan kemudian, ujian imbasan menunjukkan kerosakan otak Manchip menurun kepada 75 peratus, sekali gus menjelmakan harapan cerah untuk kanak-kanak itu pulih semula.

Kini setelah setahun, Manchip menidakkan jangkaan awal doktor sebelum ini, apabila dia bukan sahaja terus hidup, malah sudah mampu berjalan, berlari dan berbasikal.

Sebelum ini, doktor mendapati, Manchip buta mata kiri, namun kini penglihatan kanak-kanak berkenaan juga telah pulih sepenuhnya.
sumber : http://www.relevansokmo.com/

"Rupanya.. Suami Saya"


Bukit Mertajam: “Hampir dua bulan saya mencari dan menghubungi suami namun gagal sehingga saya membuat laporan polis mengenai kehilangannya. Namun, saya sangat terkejut apabila melihat lelaki gelandangan yang dipaparkan di Metro Ahad (MA) menyerupai suami saya,” kata Lina yang mendakwa lelaki bernama Zaki seperti dipaparkan dalam MA (14 Julai) adalah suaminya yang menghilangkan diri sejak 6 Jun lalu.

Lina, 28, berkata, dia sangat terkejut dan tidak menyangka, suami yang dinikahi pada 24 Mac lalu sudah mempunyai isteri kerana ketika bernikah lelaki berkenaan sudah disahkan bercerai dengan isteri pertamanya melalui surat cerai ditunjukkan kepadanya.

Menceritakan perkenalan mereka, Lina berkata, dia mengenali Zaki melalui laman sosial Facebook sejak Julai tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.

“Kami berkenalan di Facebook pada Julai tahun lalu sebelum dia melamar dan mengajak saya berkahwin,” katanya yang berasal dari Permatang Pauh.

Lina berkata, pada awalnya, keluarga merestui hubungan mereka sehingga dua hari sebelum majlis perkahwinan, bakal suaminya itu ditahan polis di Butterworth kerana memiliki kesalahan jenayah lampau sebelum seorang abangnya menjamin lelaki itu.

“Walaupun mendapat bantahan keluarga, saya teruskan juga majlis kerana semua persediaan sudah dibuat selain suami memberitahu dia sudah berubah dan mahu membina kehidupan baru bersama-sama saya,” katanya.

Menurutnya, selepas berkahwin, suaminya bekerja di sebuah kedai perabot di Bandar Perda dan berulang-alik dari rumah menaiki bas.Katanya, selepas dua bulan perkahwinan mereka, dia melihat suaminya resah dan asyik termenung, namun apabila ditanya, suaminya mendiamkan diri.

“Dia kelihatan gelisah dan suka termenung, tetapi bila ditanya, dia selalu mengelak dan memberitahu tiada masalah,” katanya.Bagaimanapun, pada 6 Jun lalu, suaminya itu tidak pulang ke rumah selepas kerja sehingga memaksa Lina membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya pada 8 Jun lalu.

“Kerana bimbangkan keadaan dan keselamatan suami, saya membuat laporan polis namun dikejutkan apabila diberitahu suami ada beberapa rekod jenayah lampau sehingga menjadi buruan polis,” katanya.
Katanya, usaha menjejaki suaminya menemui jalan buntu kerana dia juga tidak pernah mengenali keluarga suaminya itu yang dipercayai berasal dari Negeri Sembilan.

Menurutnya, kali terakhir suaminya menghubunginya ialah pada minggu lalu dan memintanya memasukkan sejumlah wang ke akaunnya, namun dia tidak berbuat demikian kerana kesempitan wang.
“Dia pernah hubungi saya untuk meminta bantuan kewangan namun apabila saya tanya dia di mana, dia enggan beritahu selain segera memutuskan talian.

“Saya juga tidak menghiraukan permintaannya kerana kesempitan wang selain sakit hati dengan tindakannya yang enggan berterus terang dengan saya,” katanya.
Katanya, dia tidak menyangka kisah yang dipaparkan MA (14 Julai) dan hari berikutnya adalah kisah suaminya yang dicari sejak lebih sebulan lalu.

“Saya berterima kasih pada MA yang berjaya membongkar kisah sebenar dia dan berharap ini menjadi pengajaran kepada wanita di luar sana,” katanya.Mengenai bukti yang mengesahkan Zaki suaminya, Lina berkata, dia mengenali susuk tubuh suaminya selain jam tangan, cermin mata dan beg kamera merah yang dipaparkan dalam MA.

“Melalui gambar yang dipaparkan, saya yakin itu suami saya terutama jam tangan yang dipakainya itu adalah pemberian saya. Selain itu, beg kamera merah yang mengandungi kamera itu milik rakan saya yang dipinjamkan kepada suami namun ketika dia menghilangkan diri beg itu dibawanya bersama,” katanya. Sementara itu, abang Lina yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia mahu lelaki itu datang menemui keluarganya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan melepaskan adiknya secara baik.

“Saya dan keluarga terima dia dengan baik kerana dia berjanji mahu berubah, tetapi tidak sangka jadi begini,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu orang lain turut tertipu dengan helah lelaki itu dan keluarganya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya bagi menuntut ganti rugi.
sumber : http://www.hmetro.com.my/

Lelaki ‘ghaib’ pukul, ugut dijejaki isteri



Kuala Lumpur: Usaha seorang isteri mencari suaminya yang menghilangkan diri sejak 10 hari lalu tidak dihargai sebaliknya dibelasah dan diugut bunuh oleh lelaki itu selepas dia dijejaki di ibu kota, kelmarin.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sharifah, 17, berkata, dia mencari suami menghilangkan diri sejak 13 Julai lalu dari rumah mereka di Port Dickson namun gagal sebelum mencarinya di Kuala Lumpur.

Katanya, kelmarin selepas dia turun bas di hadapan Pasar Seni, dia terserempak suaminya yang berlegar-legar di kawasan itu.

“Sebaik ternampak saya, suami panik sebelum menarik tangan saya dan membawa ke sebuah bilik kosong di kawasan berdekatan.

“Saya dibelasah di badan dan kepala, malah suami turut merampas wang dan telefon bimbit saya,” katanya.
Menurutnya, selepas dibelasah dia ditinggalkan dalam bilik itu bersendirian dan kesempatan itu digunakan untuk melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun HS Lee.
sumber : http://www.hmetro.com.my/

Seniwati Veteran, Datin Umi Kalthum meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Seniwati veteran, Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di kediaman anak sulungnya di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini, jam 4 pagi tadi.

Kejadian itu disedari anak sulungnya yang mendapati arwah tidak bergerak ketika mengejutkannya untuk bersahur pagi tadi.
sumber : http://www.hmetro.com.my/

Erra Fazira Terbayang Maut Ketika Kemalangan


Pelakon serta penyanyi popular, Erra Fazira mengakui hanya terbayangkan maut sewaktu berhadapan dengan detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Bandar Utama, 6 Julai lalu.

Dalam kejadian berhampiran Sri Pentas TV3 itu, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi Erra ketika mengikuti konvoi ke Port Dickson dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sehingga motosikalnya terperosok di bawah lori.

“Saat jatuh, hati saya terdetik, adakah ini pengakhiran hidup saya. Namun, syukur Alhamdulillah, tiada yang teruk berlaku. Saya hanya mengalami kecederaan ringan dan bengkak di kaki kiri. Saya ralat kerana ketika itu saya hanya bawa perlahan tapi tiba-tiba motosikal saya dilanggar sebuah kereta dari belakang. Ini merupakan kali kedua saya terlibat dalam kemalangan sejak terlibat dengan motor berkuasa tinggi ini,” ujar Erra ketika ditemui baru-baru ini.
sumber : http://www.gua.com.my/

Kami terikat, kata Penganjur Miss Malaysia



Penganjur Miss Malaysia World 2013 menyuarakan kekesalannya apabila orang Islam tidak dapat menyertai pertandingan ratu cantik dan tiada apa yang dapat dilakukan mereka berhubung perkara itu.

Pengurus Besar Meridian Surf Sdn Bhd Eddie Kong berkata, mereka terikat dengan fatwa pada 1996 yang mengharamkan umat Islam menyertai pertandingan sebegitu.

"Kami mohon maaf kepada peserta beragama Islam dan kami percaya mereka mempunyai peluang seimbang untuk menjadi pemenang.

"Sangat dikesalkan, tiada apa yang dapat kami lakukan kerana undang-undang (fatwa) dan kami harus patuh padanya," kata Kong kepada Malaysiakini.

Fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WIlayah Persekutuan 1993 memutuskan, menyertai, menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa untuk pertandingan ratu cantik haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sebelum ini, penganjur menggugurkan penyertaan dan melucutkan kelayakan empat peserta beragama Islam digugurkan bagi terus bertanding dalam acara itu.

Empat peserta itu dilapor kecewa dengan fatwa tersebut - tindakan yang mendorong Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan atas dakwaan menghina Islam.
sumber : http://www.malaysiakini.com/bm

Ibu Hafiz Hamidun Mahu Menantu Berdikari


Setiap orang tua pasti inginkan yang terbaik buat anak mereka. Begitu juga ibu bapa penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun, 29, yang mengharapkan anaknya mendapat jodoh yang terbaik setelah hubungan jarak jauh dengan gadis yang dikenali sebagai Nabila terputus di tengah jalan.

“Pasti ada hikmah apabila hubungan mereka tak menjadi. Lagipun, jarak mereka terlalu jauh memandangkan Nabila menetap di Mekah sementara Hafiz di sini. Sebagai ibu, saya berharap biarlah Hafiz mendapat jodoh orang Malaysia saja. Kalau ada apa-apa hal nanti, tak rumit urusannya,” ujar Hajah Laila Sarji, 60, ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak pernah merancang untuk mencarikan jodoh untuk anak ketiganya itu, kata Hajah Laila, wanita yang sesuai mendampingi Hafiz mestilah seorang yang berdikari memandangkan penyanyi itu sentiasa sibuk dengan kerjayanya.

“Sebagai ibu bapa, kami akan membiarkan anak-anak memilih pilihan hati mereka sendiri kerana bimbang jika ada masalah di kemudian hari, ia akan berbalik pada kami. Hafiz pula seorang yang sangat fokus dengan kerjayanya. Jika dia dapat memiliki wanita yang berdikari dan memahami kerjaya Hafiz, ia banyak membantu,” katanya.
sumber : http://www.gua.com.my/

Saya Mohon Maaf, Kata Sara


Dua daripada empat peserta Muslim dalam pertandingan Miss Malaysia World 2013 menafikan mempertikaikan fatwa yang mengharamkan umat Islam terlibat dalam acara ratu cantik.

Sara Amelia Muhammad Bernad (gambar besar di atas), 20 berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung perkara itu pendapat peribadi dan tidak berniat melanggar fatwa, lapor Berita Harian.

"Saya tidak berniat menghina agama Islam, sebaliknya hanya menyatakan pendapat peribadi berhubung fatwa itu.

"Jika saya dianggap seolah-olah mencabar, saya mohon maaf," katanya melalui SMS kepada harian itu.

Sementara itu, Wafa Johanna De Korte (kiri), 19, pula dilapor berkata, beliau akur dengan pembatalan penyertaannya walaupun kecewa tidak dapat memenuhi impiannya.

"Saya berpendapat perlu ada wakil peserta Melayu, tetapi fatwa menetapkan orang Islam tidak dibenarkan menyertainya dan saya terpaksa akur," beliau dilapor sebagai berkata.
sumber : http://www.malaysiakini.com/bm

Diana Danielle Kongsi Gambar Bahagia Dirinya Sekeluarga

Sehingga ke hari ini, masih tiada informasi lanjut mengenai bayi sulung Diana Danielle dan Farid Kamil. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah nama si comel ini. Terbaru, menerusi akaun Instagramnya, Diana Danielle telah berkongsi sekeping gambar yang jelas menunjukkan kebahagiaan mereka dengan kehadiran cahaya mata baru.



Comel kan?  Suka melihat senyuman Farid Kamil. Itulah penangan seorang anak. Letih macam mana pun, pasti akan membuatkan kita gembira apabila menatap wajahnya.



Kalau tak silap, buat masa ini Farid Kamil masih berada di Australia untuk menemani keluarganya. Pastinya Farid Kamil akan merindui keletah anaknya apabila pulang ke Malaysia kelak. Apa pun, diharap agar pasangan ini sudi berkongsi lebih banyak gambar anak mereka untuk tatapan para peminat.
sumber : http://beautifulnara.com/

Bayi ditinggal di surau hospital Seberang Jaya

Gambar Hiasan


Orang awam yang menunaikan solat Asar di surau Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Butterworth petang semalam terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan surau itu.

Jurucakap polis berkata bayi yang dipercayai berusia tiga bulan dengan berat lima kilogram itu ditemui pada pukul 4.35 petang.

"Ketika ditemui bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan kerana sebelum mereka bersolat bayi berkenaan belum diletak di situ," katanya kepada pemberita, di Butterworth hari ini.

Menurutnya bayi yang dibalut dengan selimut itu ditinggalkan bersama susu, tuala dan baju.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

"Bayi itu berada di HSJ sekarang ini dan dalam keadaan sihat, siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan," katanya yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
sumber : http://www.malaysiakini.com/bm

Foto Penuh Anak Zahiril & Shera, Kini Genap Sebulan

Screen Shot 2013-07-23 at 22.32.16
Screen Shot 2013-07-23 at 22.31.59
Screen Shot 2013-07-23 at 23.32.34
Screen Shot 2013-07-23 at 23.32.58
Screen Shot 2013-07-23 at 22.35.34
sumber : http://www.ohbulan.com/
 
© INFO SANTAI All Rights Reserved