Sazzy Falak Dicemuh Kerana Sokong Alvivi?

on Wednesday, 24 July 2013


Umum sedia maklum mengenai pasangan blogger yang mencipta kontroversi beberapa minggu lalu selepas memuat naik sekeping foto menunjukkan mereka sedang menikmati hidangan Bak Kut Teh sambil mengucapkan Selamat Berbuka Puasa.

Akibat daripada itu, ramai rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dan menganggap ianya tidak bermoral. Walaupun Alvin dan Vivian atau lebih dikenali sebagai Alvivi telah dipenjarakan sementara menunggu kes dibicarakan semula, namun isu ini masih hangat diperkatakan apabila Sazzy Falak dikatakan menyokong pasangan itu.

Sazzy mula dicemuh peminat apabila selebriti itu dilihat telah berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh seorang blogger lain dan menulis status seolah-olah memihak kepada Alvivi di laman Facebook miliknya.



Status di Facebook Sazzy yang menimbulkan kontroversi

Namun melalui portal Malaysian Digest, Sazzy telah menafikan perkara itu dan menyatakan dia langsung tidak tahu mengenai perkembangan akaun Facebook miliknya memandangkan ia dikendalikan oleh orang lain.


Saya tak tulis apa-apa di Facebook saya. Saya tak share apa-apa pun. Saya memang jarang buka Facebook. Selalunya ia dikemaskinikan oleh admin saya. Saya rasa ada orang yang ter-share dan menggunakan akaun saya.

Nampak macam memang saya yang tulis tapi sumpah itu bukan saya. Apapun saya mohon maaf kalau ‘saya’ telah menimbulkan kemarahan ramai. Kalau saya nafikan pun, nanti orang tentu akan cakap yang nampak sangat macam ‘saya’ bersalah. Jadi adalah lebih baik saya minta maaf kepada mana-mana yang terasa dengan hal ini.

Apa yang penting, jujur itu bukan saya. Pendirian saya yang sebenar adalah tentunya saya tidak berpihak kepada pasangan itu. Tambahan saya tidak tahu cerita sebenar. Sebagai rakyat yang tinggal di negara pelbagai kaum, kita mestilah menjaga sensitiviti budaya dan agama bangsa lain. Mungkin ia nampak seperti bergurau tapi ia tetap sensitif.

Bagaimanapun, Sazzy enggan ambil pusing dengan perkara tak elok yang dilemparkan oleh orang ramai kepadanya namun tetap akan mendapatkan penjelasan sebenar daripada ‘admin’ yang mengendalikan akaun Facebooknya berkenaan perkara itu.
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved