Ibu Hafiz Hamidun Mahu Menantu Berdikari

on Wednesday, 24 July 2013


Setiap orang tua pasti inginkan yang terbaik buat anak mereka. Begitu juga ibu bapa penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun, 29, yang mengharapkan anaknya mendapat jodoh yang terbaik setelah hubungan jarak jauh dengan gadis yang dikenali sebagai Nabila terputus di tengah jalan.

“Pasti ada hikmah apabila hubungan mereka tak menjadi. Lagipun, jarak mereka terlalu jauh memandangkan Nabila menetap di Mekah sementara Hafiz di sini. Sebagai ibu, saya berharap biarlah Hafiz mendapat jodoh orang Malaysia saja. Kalau ada apa-apa hal nanti, tak rumit urusannya,” ujar Hajah Laila Sarji, 60, ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak pernah merancang untuk mencarikan jodoh untuk anak ketiganya itu, kata Hajah Laila, wanita yang sesuai mendampingi Hafiz mestilah seorang yang berdikari memandangkan penyanyi itu sentiasa sibuk dengan kerjayanya.

“Sebagai ibu bapa, kami akan membiarkan anak-anak memilih pilihan hati mereka sendiri kerana bimbang jika ada masalah di kemudian hari, ia akan berbalik pada kami. Hafiz pula seorang yang sangat fokus dengan kerjayanya. Jika dia dapat memiliki wanita yang berdikari dan memahami kerjaya Hafiz, ia banyak membantu,” katanya.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved