Raja Azmi Dituduh Hina Agama Islam, Tindakan Undang-Undang

on Saturday 4 January 2014

Produser filem, Raja Azmi, 54,menganggap tuduhan yang dikeluarkan oleh sebuah akbar mengenai dirinya itusudah melampaui batas.

Raja Azmi berkata, sepaptutnya tuduhan mengatakan diamenganggap upacara bacaan doa dalam majlis anjurannya baru-baru ini tidakpenting adalah bertentangan dengan kejadian sebenar yang berlaku.

“Saya bukan tidak puas hati dengan tulisan yang dikeluarkan mengenai saya tetapi saya terkilan dan kecewa dengan sikap penulis itu, seolah-olah dia ada personal attack terhadap saya.

“Cara dia menulis itu seolah-olah seperti menuduh saya memperlekehkan serta menghina agama Islam. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenarannya tetangapa yang saya maksudkan.

“Bagaimana dia boleh tulis begitu, sedangkan dia sendirikata dalam artikel itu dia hanya mendengarnya dari seorang kawan tapi seolah-olah telah menuduh saya secara terus.

“Sepatutnya, dia datang kepada saya dan bertanyakan mengeanihal itu sebelum menulisnya. Ia memang sangat melampaui batas,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Laporan itu turut mendakwa Raja Azmi mengeluarkan kenyataan berbaur sindirian bahawa bacaan doa wajar dilakukan di surau atau masjid saja dan bukan pada majlis hiburan.

Meskipun terpaksa menanggung malu di atas artikel yang dikeluarkan itu, Raja Azmi berkata dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada akbar tersebut sebaliknya berharap penulis berkenaan sedarakan kesilapannya.

“Saya tidak akan mengambil tindakan untuk menyaman maluakbar tersebut walaupun saya berasa agak malu dan terikilan. Tak perlu jugaminta maaf kepada saya kerana dia salah terhadap etika penulisanya sendiri yangsaya anggap tidak professional.

“Cuma saya harap dia sedarlah akan kesilapnya dan berubah menulis begitu yang tiada kesahihannya. Apa salahnya dia bertanyakan atausiasat dulu kebenarannya sebelum menulis secara melulu,” luahnya lagi. 
sumber: http://syokbah.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved