Zizan Razak
Pelawak dan pelakon Zizan Razak mengakui pengalamannya sebagai seorang pengacara belum cukup untuk melayakkannya menjadi hos program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bersiaran pada September ini. Zizan, 29, berkata, dia bimbang tidak dapat menyaingi kehebatan pengacara terdahulu yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan rancangan realiti itu.
"Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu. “Bagaimanapun saya berbesar hati apabila nama saya disebut-sebut sebagai pengacara bagi musim terbaharu ini," katanya. Zizan mengulas mengenai khabar angin dia bakal menerajui program popular itu sebagai hos yang pernah disandang oleh Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim.
Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013. Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria. Dalam perkembangan sama, Zizan berkata, dia sangat berbesar hati sekiranya pihak produksi memilihnya untuk mengacarakan program tersebut dan berjanji akan menggalas tanggungjawab berkenaan dengan baik. Bagaimanapun sehingga kini dia masih belum menerima apa-apa untuk menyertai rancangan itu.
Sumber : mStar
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment