Surau Kontroversi Akhirnya Dirobohkan

on Wednesday, 28 August 2013


SURAU kontroversi di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor sudah pun dirobohkan sekaligus menyelesaikan isu penggunaan surau itu oleh penganut agama Buddha pada hari raya Aidilfitri kedua lalu.

Gambar yang diperoleh menunjukkan jentolak merobohkan sisa-sisa bangunan surau itu yang masih tinggal.

Terdahulu, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam masa 21 hari, bermula 21 Ogos lepas.

Arahan itu disampaikan dalam notis bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim.

Alasan diberikan, pembinaan surau itu menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.

Notis itu juga menyatakan pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.

“Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima,” notis itu dipetik.

Seorang pekerja resort yang ditemui menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke surau itu tengah hari tadi.

Surau berkenaan menjadi isu panas apabila ada pengunjung yang ingin menunaikan solat ternampak beberapa orang penganut agama Buddha beserta sami mereka menjalankan ritual keagamaan di dalam surau berkenaan sekaligus satu kesalahan.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved