Penyanyi berimej muslimah, Farah Asyikin kini hamil sembilan minggu. Berita gembira ini dikongsi Farah melalui akaun Instagramnya baru-baru ini selepas doktor mengesahkan kehamilannya.
Ketika dihubungi, Farah memberitahu dia dan suami Zaahier Stanley sangat gembira dengan kehamilannya itu memandangkan mereka memang berhasrat untuk menimang cahayamata dalam waktu terdekat ini.
"Sebenarnya saya dan suami memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata. Lagipun, keluarga saya suka bertanya. Maklumlah, ini perkahwinan kedua saya, jadi ramai yang ingin melihat saya dapat baby cepat-cepat. Kiranya saya dan suami memang sedang berusaha untuk mendapatkan anak. Bagaimanapun, saya tidak letakkan harapan tinggi kerana setelah beberapa kali kecewa, saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Alhamdulillah, Ramadan lalu saya disahkan hamil. Mula-mula saya periksa sendiri guna kit kehamilan yang dibeli farmasi. Selepas hasil ujian positif, barulah saya buat pemeriksaan doktor pada 27 Ramadan," ujar Farah berkongsi cerita.
Dalam masa yang sama, Farah juga memberitahu dia kini mengalami alahan yang agak teruk sehingga memaksanya untuk banyak berehat di rumah.
"Sejak disahkan hamil, saya memang alami alahan yang agak teruk. Saya tidak boleh terlalu banyak bergerak kerana mudah penat. Selain itu, doktor juga nasihatkan saya supaya banyak berehat kerana ketika ini kandungan masih belum benar-benar kuat. Untuk elakkan perkara yang tidak diingini, saya telah kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah, termasuklah memberi ceramah," ujar Farah yang kini kembali menginap di Kuala Lumpur setelah berpindah ke Kuala Terengganu sebelum Ramadan lalu.
"Sebelum Ramadan lalu, saya dan suami memang berpindah ke Kampung Batu Buruk, Kuala Terengganu. Saya buat keputusan untuk berpindah kerana inginkan suasana kehidupan yang tenang dan damai. Kononnya mahu habiskan masa untuk menulis buku tentang pengalaman saya ke Gaza tidak beberapa lama dahulu. Bagaimanapun, setelah hamil saya mula merindui anak-anak buah saya di Kuala Lumpur. Jadi, dengan tahap kesihatan saya sekarang ini, adalah lebih baik kami berpindah semula ke Kuala Lumpur. Suami saya sudah pun memindahkan barang-barang kami semula ke sini dan kini saya menetap dengan keluarga," ulas Farah lagi.
Sumber : kezoom.blogspot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment