Katanya, bukan dia mahu mengelak atau menyembunyikan cerita sebenar tetapi hakikatnya mereka sekadar kawan biasa.
Malah, apabila ditanya mengenai tindakan terbarunya yang menghantar salinan (tagged) gambarnya di Paris minggu lalu di laman Instagram kepada aktres itu, Zizan menganggap gosip itu sengaja diperbesar-besarkan.
“Saya ‘tagged’ kepada dia gambar-gambar di Paris kerana dia pernah memberitahu sukakan Paris dan bukan saya mempunyai niat lain ataupun kami sedang bercinta.
“Orang cuma membesar-besarkan perkara itu. Kami memang tidak ada apa-apa (hubungan cinta),” katanya.
Jelasnya, sebelum ini juga dia kerap menghantar gambar-gambarnya di laman itu kepada artis wanita lain tetapi ia tidak pernah dijadikan isu.
Zizan berkata, dia juga tidak mempunyai sebab untuk menafikan hubungan itu jika benar mereka bercinta.
“Soal takut hilang populariti itu tidak timbul kerana kerjaya dan peribadi adalah perkara berbeza. Malah ramai artis lain yang bercinta dan berkeluarga berjaya dan masih diminati peminat.
“Cuma hubungan kami memang sekadar kawan buat masa ini. Tapi saya tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan,” katanya yang baru menjalani penggambaran iklan untuk jenama Sony selepas dilantik sebagai duta produk itu baru-baru ini.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment