Disambut dengan muka mencuka

on Friday, 5 July 2013


Sebaik saja berhijrah selebriti ini terbabit dalam bidang baru iaitu perubatan Islam. Katanya dia menceburi bidang itu untuk membantu masyarakat sebagai membalas budi mereka yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.

Buat baik mestilah dengan seikhlas hati kerana bukan senang nak melayan kerenah manusia. Kadangkala boleh naik gila jadinya melayan kemahuan dan kehendak manusia yang pelbagai ini.

Apabila mengetahui yang selebriti pujaannya kini dah pandai berubat, maka rakan SS pun membawa emaknya yang sakit berjumpa dengan selebriti itu kerana niatnya selain dapat berjumpa dengan selebriti itu dapatlah mengubat kesakitan emaknya itu. Orang yang datang berubat punyalah ramai dan rakan SS ini terus sabar menunggu kerana bukan senang nak membuat janji temu baru dengan selebriti itu.

Maka tibalah giliran rakan SS untuk berjumpa dengannya tetapi dia sangat terkejut selebriti itu menyambutnya dengan muka yang mencuka. Tanpa ucapan salam dan sebagainya, terus selebriti itu bertanya dengan nada kasar, apa masalah emak rakan SS itu. Apa lagi terbungkamlah rakan SS kerana setahu dia selebriti ini seorang yang baik budi bahasa terutamanya dengan wartawan, kalau berjumpa pijak semut pun tak mati. Bercakap pun punyalah perlahan sampai tak dengar.

Melihatkan situasi yang agak kurang menyenangkan itu, terus pemilik pusat berkenaan yang ternampak ‘drama sebabak itu’ memanggil rakan SS dan emaknya berubat dengannya saja. Akibat insiden itu, hilanglah minat dan rasa hormat rakan SS terhadap selebriti itu.

SS: Semakin ramai yang suka buat kerja amal cuma SS tak tahu sejauh mana keikhlasan hati mereka, adakah semata-mata untuk meraih publisiti.


sumber : http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved