Setelah beberapa tahun menyepi dari industri seni tempatan, nama Sherry Ibrahim mula menjadi bualan hangat apabila dia beraksi cemerlang dalam drama bersiri ‘Teduhan Kasih’ di samping Adi Putra.
Jom semak 12 info menarik tentang Sherry yang mungkin belum pernah dikongsi olehnya sebelum ini.
1. Sherry tidak suka makan makanan pedas.
2. Tidak akan memotong kukunya sendiri kecuali terpaksa kerana dia tidak suka melihat jika kukunya dipotong senget. Dia akan ke kedai untuk menata rias kukunya dua kali sebulan.
3. Sherry tidak tahan dengan cuaca sejuk.
4. Suka makan mi segera. Perisa Asam Laksa sering menjadi pilihan.
5. Paling geli dengan haiwan tidak berkaki seperi ulat, cacing, pacat dan ular.
6. Sensitif pada bau-bauan. Tidak kira sama ada bau wangi atau busuk. Hidungnya cepat memberi rangsangan terhadap sebarang bau.
7. Sherry takut pada keadaan gelap. Malah, jika tidur malam wajib ada sedikit cahaya kerana dia tidak suka pada 'blackout'.
8. Bagi Sherry pandangan pertama begitu penting kerana dia sendiri sering menganalisi seseorang pada pertemuan pertama.
9. Tidak suka dan tidak selesa memakai kasut tumit tinggi. Sherry lebih gemar menggayakan 'wedges'. Dia hanya akan memakai kasut tumit tinggi untuk majlis penting sahaja.
10.Cukup pantang atau rimas dengan orang yang makan berbunyi.
11. Begitu obses dengan rawatan pemutihan gigi dan akan menjalani rawatan tersebut sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Malah, dia juga mengamalkan penjagaan gigi yang sangat rapi untuk mengekalkan keputihan gigi.
12. Ada tabiat buruk di mana suka membuang maskara menggunakan kuku. Tabiat ini kadang kala membuatkan beberapa bulu matanya turut tercabut.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 2 comments... read them below or add one }
Kata tak suka makan pedas. Tapi maggie asam laksa kan pedas juga.
10 July 2013 at 20:36
asam laksa xde la pedas mane pon...maybe maksud dia pedas mcm lauk masak lemak cili api kot..hahaha..
15 July 2013 at 16:55
Post a Comment